aktiviti sepanjang minggu ~

hello readers*lambai tangan . lama tak mengupdate entri , rinduu . maklumlah, kebelakangan ni buzy sikit. untuk minggu ni , biasa la kelas & hari rabu, kolej ada buat jamuan sikit la sempena Merdeka Raya 2013.
bermulalah cerita sepanjang minggu yang panjang berjelaaa :D
kami ada buat kolam bendera Malaysia sehari sebelum jamuan. ni hasil tangan Jeevita, shela & grace. aku banyak tengok dari tolong. hihi :3 
proses mewarnakan & menjemur beras untuk buat kolam

posing lebihh kann ?

 noh & shela :D

jeevita :D

dan inilah hasilnyaaaa , lawa kann ? 

ini lakonan okayy ? haha

MERDEKA RAYA !

dan disekitar majlis / jamuan merdeka raya kolej :)






okay ! dah pasal merdeka raya . sekarang mau cerita pasal PESTABOLA MERDEKA pulak . aku tak dapat nonton first game harimau muda lawan singapore semalam.erhh , sakitnya hati. di tambah lagi dengan hero ku , wan zaharulnizam wan zakaria (kecik) tak dapat main sebab cedera di pergelangan kaki, makin sedih aku :'(
tapi result semalam Harimau Muda 1 - 0 Singapura. kalau tak salah info , gol tu dari Thamil Arasu. tak pasti la pulak kan ? sedihnya tak dapat nonton tapi dah menang 1-0 kira terubat sikit la kan sedih tuu . hahaa ~

next , pasal program Budaya niaga 1 Johor selama 3 hari 2 malam (6 - 8 september) , kami 12 orang terpilih untuk wakil kolej. di bagi kepada 2 kumpulan. separuh untuk team A (explorace) &aku dalam team B (catur bistari) . 
team B ada buat game keusahawanan . di campurkan semua 12 kolej dari negeri johor & di pecahkan-iikan dalam kumpulan. maksudnya dalam satu kumpulan tu , takkan jumpa kawan dari kolej yang sama. aku dalam kumpulan 1. semuanya ada 7 kumpulan & 12 orang dalam tiap kumpulan. ahli kumpulan 1, rima (bandar penawar), ana (segamat), piqa (pagoh), dhia (pasir gudang), halim (kluang), arif (segamat II), usman (bandar tenggara), azim (t.piai), izzat (batu pahat), encik zulkifli(muar)  dengan aku la kan ?

masa ni team A tengah buat coklat untuk dijual. kami pulak kena buat 2 aktiviti. yang pertama kami di bagi tisu gulung. kami kena buat baju daripada tisu tu. & di bagi bahan tambahan (getah & gelas polistrin). lepas tu kena namakan baju tu , letak harga & kelebihan. dan inilah hasilnyaaaa

taraaaaaa ~
inilah model dari kumpulan 1 . arif dengan rela hati menjadi model ! hahaa . 

 kelebihan baju tisu kami ~
semua merepek kan ? tapi kumpulan 1 sporting !!!

dari kiri : jannah ,piqa & ana

aktiviti ke 2 pulak kami di bekalkan dengan belon & selotep. tiup belon tu & buat kerusi belon. salah satu ahli kumpulan kena duduk atas kerusi belon tu. dan macam biasa laa, aku yang paling kurus & kecik * c arif panggil aku si pendek (-_-!) so aku la yang dipilih. tapi ujung-ii encik shaman suruh tukar orang, dia nak orang yang besar sikit naik atas belon tu. dan kerusi belon tu tak meletup pun. 

 izzat, halim & ana

aktiviti membuat kerusi belon~

dan inilah hasilnyaaaa dari kami kumpulan 1.
siapa berani duduk atas ni ?? hihi :3 
nampak macam ni , tapi tahan tauu !

untuk catur bistari pulak ,aku memang haram tak tau main. dia lebih kurang macam main jutaria gitu , tapi aku main jutaria pun dak pernah & lagi pening sebab catur bistari ni ada 3 laluan. laluan merah tu laluan makan gaji , lepas tu untuk naik ke laluan tijarah(kuning)kena ada RM 30 ribu cash dalam tangan & takda hutang. untuk naik laluan jihad(pink) pulak kena ada RM 1 juta cash. aku sampai laluan kuning tu jak. aset RM sejuta lebih jak, tapi dalam kumpulan 6 tu aku yang paling kaya . hihi :3
aku lawan ngan budak segamat 2, tanjung piai (ekin), batu pahat(nazri) & pagoh(naziha). banker anis budak bandar tenggara. game catur bistari ni hari terakhir ( hari ni*ahad) 


untuk laluan makan gaji. dapat jugak beli saham mewah. 
masa ni aku dapat kad fitrah. mak aii ! bukak kad , ada kawan dak bayar kereta. aku pulak kena bayar 15 ribu. terpaksa buat loan dengan bank. sedihh akuu :'(
mau 4 bulan aku tak dapat gaji. nasib baik la ada satu round tu aku dapat bonus 2x gaji & tak kena petak pecah amanah. kalau tak, memang hilang giliran sampai 3 kali. aku cuma dapat hilang giliran sekali sebab dapat petak tugasan lewat.


aku kayaa ! hihihi . walaupun tak tau main tapi rezeki kan , jadi orang pertama yang dapat naik laluan kuning (tijarah) dengan RM30,000 cash tanpa hutang. lepas tu dapat beli tiram travel dengan harga 300,000 tapi ada 10 % so, aku bayar rm 30,000. satu pusingan main untuk tijarah , dapat gaji 90,000 , tukar syarikat. aku beli syarikat tepak holding apabenda ntah.  pulangan tu yang tinggi. sebulan sampai RM 184 ribu aku dapat.
 akhirnya dalam masa 2 jam, aku punya aliran tunai & aset ditambah . dapat laa RM 1 juta + +
seronok jugak sebenarnya main catur bistari yang tak seronoknya kena buat kira-ii . maklumlah aku ni matematik "lemah sikit" . haaa , okay laa, setakat tu dulu la cerita untuk malam ni . aku dah ngantuk dah ni. hihi . byee , jumpa lagi :D

gambar last !! kolej-kolej wilayah johor  bersama ketua pengarah kolej komuniti Malaysia :)



Ulasan

  1. miaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...bestnyaaaaaaaaaaaaaaa...!! eeeeeeeeeee...jelouse i.. taw..hehehe.. uik..ku doakan cowok mu bang zack...engggg...hhahaha..cepat sembuh k.. miss u mia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha . best kaann ? jgn laa jelous yaa :p
      hmm , bukan abg zack la syg , abey wan zaharulnizam .

      Padam

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..