aktiviti di Piai Pontian Eco Challenges 2013 :3

lama tak mengupdatee .. rindu rasa hati dengan kekasih blog ni.. ececehh..memang malam ni aku punya cerita meleret & melarat ! aku takkan muncul di sini kalau tak ada cerita kan ?? biasa laa, kebelakangan ni banyak out station.. hahahaha. macam aku punya entri yang lepas laa kan , kami*aku,nana,pian & syaziwan terpilih untuk pergi ke Tanjung Piai untuk join PIAI PONTIAN ECO CHALLENGE (25 ogos - 28 ogos 2013) peringkat kebangsaan. pemenang tempat pertama menang RM1500, kedua RM 1000 & ketiga dapat RM 800. hmm , first time dalam hidupku join benda-ii macam ni .. memang mencabar mental, fizikal & kesabaran (muka aku pun dah rentung, siap menggelupas lagi) Walaupun penat nya amattt tapi pengalaman tu memang takkan dilupakan sampai bila-ii. Walaupun kami dah target RM 1500*rolling eyes (-_-!) hahaha , gurauu ! 

ada 32 team, 128 peserta politeknik & kolej komuniti johor,melaka,pahang,penang,kedah & perlis yang bertanding . tengok diorang memang agak "kecut" jugak laa mana taknya memang hantar atlet / budak-ii sukan yang bertanding . tinggi pun dah macam galah aku tengok. hihihi. 1 team 4 orang. 2 lelaki & 2 perempuan. Alhamdulilah, walaupun kami tak menang dapat no 1 - 3 , tapi dapat jugak laa top 5 .. kami nombor 5 untuk kebangsaan & tempat ke 2 untuk negeri Johor selepas Kolej komuniti Batu Pahat. Juara dari kolej komuniti Kuala Langat, Selangor, tempat ke 2 dari KK Bukit Beruang Melaka & tempat ke 3 dari KK Jempol, Negeri sembilan. 
Hari pertama kami pergi ke Hening Cipta Pontian untuk bermalam, sampai pun dalam pukul 3 petang gituu. hari pertama ni untuk mendaftar, ambil nombor peserta (tag) & bermalam di situ. hari pertama memang tak ada aktiviti la ,cuma malam tu ada taklimat untuk aktiviti kami.  




group 15 = RM 1500.. hahaha 

Hari ke 2 , aktiviti dah start, opss , sebelum tu kami check out dulu dari Hening Cipta & bertolak ke Dewan serbaguna Kg Sungai Bunyi untuk majlis perasmian 2PEC 2013 & tempat permulaan untuk larian sejauh 10 km. hmm , masa ni 1 group tu kena bahgi 2 kumpulan. aku & nana ambil acara larian & cabaran minda, pian & ewan ambil berbasikal sejauh 30 km . sampai sekarang aku tak percaya kami boleh habiskan larian 10 km tu. lepas tu kami sampai di Pantai Rambah untuk cabaran minda. kami kena jawab soalan tu di dalam muzium bugis. mak ai , soalan tak alang-ii . ada 10 soalan tanya soalan pasal muzium tu. dah la masa tu penat lepas berlari, kena jawab soalan. boleh menyirap rasanya. syaratnya, hanya 1 ahli kumpulan jak yang boleh masuk. kalau tak dapat jawab,baru tukar dengan kawan. 1 soalan salah, penalti 5 minit. lepas tu, budak lelaki pulak yang berbasikal . 30 km tu , tapi bukan main laju diorang bawak. peserta berbasikal pulak kena bawak 3 jenis barang kitar semula. masa diorang berbasikal tu , kena lalu jalan besar pastu hujan lebat ! bayangkan naik basikal, lepas tu hujan lebat di tepi-ii jalan raya besar pulak tu . berat tu nak bawak, tapi nasib baik la okay jugak diorang. lepas tu kami check in di tanjung piai resort. rehat & pukul 2 kena kumpul untuk cabaran memasak.. ni pun antara yang paling seronok. hahaha. cabarannya, kami kena tangkap 4 ekor ikan keli yang masih hidup & masak. peralatan yang di sediakan arang, pisau, jaring besi,minyak, kunyit,asam, garam, bawang & cili. ingatkan kena masak pakai gas, siap rancang nak masak ikan keli goreng berlada, asam pedas laa , sekali tengok bahan .hmm , memang kena bakar ikan tu kan? kalau takda syaziwan memang tak dapat la kami tangkap ikan keli tu. dia pegang ikan tu , lepas tu campak di simen*sebab dengar-ii ikan keli tu ada bisa & susah mati. dia jugak yang siang ikan. aku & pian hidupkan api berjam-ii. tapi akhirnya menyala jugak api untuk bakar ikan tu. dah masak, kena habiskan.. erhh .. sebelah malam pulak, ada program pasal alam sekitar & paya bakau. 


@ Tanjung Piai Resort

bermula di sini ~


selepas tamatkan larian 10 km.rilex & ambil angin di tepi pantai ,
tiba-ii lak terkenang highway di tawau :')

dalam bas bersama tag besar gedabak ~









menghabiskan ikan keli bakar ~

syaziwan,pian,nana & mieya :)


hari ke 3, berjalan kaki ke taman negara tanjung piai. jauhhh ! lebih dari 1 km.. tapi hari tu pun di bahagi kepada 2 group. aku & nana ambil fotografi, yang lelaki ambil khidmat komuniti. cabaran kami kena ambil gambar bertemakan flora, fauna & kemanusiaan. lelaki pulak kutip sampah kat taman negara. tapi tu pun bertanding jugak, siapa dapat sampah terberat , dapat laa jajan (hamper) . sementara tunggu peserta khidmat komuniti habis , aku & nana pegi ke penghujung terselatan benua asia. akhirnya sampai jugak di tanah paling selatan benua asia . walaupun penat , ambil gambar itu  WAJIB . hehehe. sebelah petang, aktiviti merempuh halangan pulak. ada 13 halangan. belum start aktiviti, muka dah comot kena lumpur , aduyaii ! halangan ke 2  tu yang aku lemah sikit . gayat ! kena naik batu yang di susun macam tangga ,tapi jarak jauh-ii, memang kaki aku panjang nak melangkah kan ? lepas tu kena naik tali yang mamcam jaring tu. erhh , yang paling tak bole blah, kena lompat ke bawah. oh noo . lompat  ke bawah, selut/ lumpur tu dah sanpai pinggang akuu !
perhh, terbaik laa. aku tak dapat lepas dua halangan. monkey-bar & gayut tali sampai kesebelah sana. aku bab-ii gayut-ii ni memang lemah sikit . hahaa .. berapa kali jatuh, berapa kali masuk selut? memang terbaik laa kan? sebelum aktiviti rempuh halangan start, kami di bagi barang amanah. 4 keping biskut sebagai baran g amanah. tak boleh patah, tak boleh pecah. kami bungkus dengan sapu tangan & letak dalam plastik. walaupun aktiviti lasak , alhamdulilah barang amanah kami okay ! tak patah sikit pun. hihi :3


di suruh ambil gambar flora & fauna , 
tapi gambar kami lagi banyak dari yang di suruh..




dengan bangganyaaa ! HA HA 

penuh dengan lumpurr !

dah membersihkan diri :)

Hari ke 4, macam biasa jugak. berjalan kaki ke taman negara tajung piai. ada senaman pagi & kena buat cabaran ECO-Xplorasi. masa pelepasan untuk cabaran Eco Xplorasi tu hujan lebat gilaaa. dah laa check point D tu jauuhhh ntah berapa km, bayangkan laa macam mana kami berlari dalam hujan lebat tu. kami dapat check point D,B,C,A. check point D kena buat dulu. cabaran kraftangan kertas . kena buat 2 bakul. kena gulungkan kertas & buat bakul tu dalam keadaan kami yang penat & basah kuyup . memang mencabar. tapi dalam cabaran ni kami group pertama yang lepas . hihihi . aku baru buat tapak, dah give up. ujung-ii c pian yang siapkan dua-ii bakul. hahaha . macik yang mengajar pulak pengsan. hmmp ! lepas tu lari lagi pegi depan, kena buat cabaran seikat penyapu. tapi kena buat dua ikat! dah tu, lari lagi pergi check point C, dah la jauh yaa amat ! check point c , kena panjat pokok kelapa untuk lelaki & perempuan kena jawab soalan. nasib baik la soalan senang. dah tu check point terakhir, check point A, kena mengupas, membelah & mengeluarkan isi kelapa cara tradisional. ni pun okay jugak. kami cuma lambat berlari kot! stamina dah hilang.. aku rasa lebih dari 10 km kami berlari untuk cabaran eco xplorasi hari ke4. nasib baik la aku punya kaki okay , tak sakit walaupun berlari tak tentu arah. mungkin sebab aku ada training ( jogging je kot ) 2 hari. pensyarah bagi cuti hari ni , tapi aku tak cuti sebab hari ni kelas pertolongan cemas, tertinggal boleh gagal . minggu depan dah exam. 


berjalan kaki ke taman negara tanjung piai :'/


kumpulan 15 :D

walaupun tak menang , tapi pengalaman tu yang berharga. sijil pun kebangsaan beb . HA HA HA. dapat no 5 untuk kebangsaan & nombor 2 untuk Johor tu boleh dikira sebagai pencapaian peribadi la . sebab aku first time join ! okay laa , dah melarat sangat dah entri kali ni , jumpaa lagi :)

boleh ke tidak ?


hari ni first day kelas .. hmm , memang kecoh laa kan ? masing-masing sibuk bercerita pasal raya , cuti dll . hari ni kelas macam biasa .. tapi kelas lepas rehat agak huru hara sebab ada debate untuk kelas communicative english . campur lagi dengan senior , memang bising la kan ? di bahagi 4 kumpulan & setiap kumpulan kena cari pasal sebuah pulau di Malaysia. kena cari sejarah, pengenalan, pakej, buat itenerari, tarikan dll .. kami pilih Sipadan Island. tapi sayang kalah tipis dengan group 3 , diorang dapat 15.5 markah , kami kurengg 1 markah . dapat 14.5 markah sahajaaa . sedeyhh .. 

hari ni jugak kami*aku,nana, pian & syaziwan di panggil oleh encik Aswad . jadi wakil kolej untuk explorace apa ntah .. sijil tu yang "mahal" sebab penyertaan dari seluruh malaysia (kalau tak silap aku la) sijil tu title "kebangsaan" .. dari SPL aku sorang , yang lain semua senior . aktiviti 4 hari *start ahad (25 ogos - 28 ogos 2013)   ni di tanjung Piai , Pontian Johor .. Wehuuu :3

yang terlibat kolej komuniti, politeknik & universiti. tak da had umur . tapi cabarannya, hmm "boleh tahan" jugak laa .. acara lasak-lasak woii ! ada larian, berbasikal ( 30 kilometer ) halangan & kemahiran minda .. hmm ,ambek kau .. aku main basikal sekeliling taman ni pun gugup , ni berbasikal 30 km , hmm apa la yang jadi agaknya ? hari pertama tu rilek-ii la sebab pendaftaran, kerohanian & taklimat. hari keduaa dah start aktiviti cabaran (larian, berbasikal & cabaran minda) . untuk pelepasan pun kena berlari sejauh 10 km .. hmm .. pensyarah dah suruh training start hari ni .. joging dll . cabaran memasak pun ada . dengar-ii kena tangkap ikan keli hidup-ii & masak .. hahaha , bole ke tidokkk ? lepas tu program kesedaran pasal alam sekitar .. hari ke 3 , lokasinya di tanjung piai . ada senaman * taklimat . ada khidmat komuniti * fotografi.. petang ada cabaran lasak .. hari ke 4 pun di tanjung Piai jugak , ada senaman pagi , cabaran eco xplorasi * kraftangan kertas, memanjat pokok kelapa, cabaran mengupas, membelah & mengeluarkan isi kelapa cara tradisional & cabaran seikat penyapu. ni pun baru dapat itenerari & peraturan petang tadi . macam mana aku boleh terpilih ? aku pun tak tau jawapannya . tapi exited jugak sebab tak pernah-ii aku buat semua ni & pertama kali pergi ke Tanjung Piai . tu yang semangat tu .. 
harap-ii semua berjalan dengan lancar, in sya Allah :)



*gambar dari Mr. Google

Tanjung Piai , penghujung paling selatan Benua Asia :)

okay la , lain kali cerita lagi . byee ~

mood : tak da mood , sebab info yang di cari tak dapat. cancel buat assignment :'/


selamat hari raya :')



selamat hari raya aidilfitri . maaf zahir & batin .
haa , lama tak update blog . malam ni baru terasa nak update . biasa la , dah malam raya kan ?
terasa jugak nak wish-wish untuk raya esok . raya tahun ni beza sikit la , sebab pertama kali tak beraya dengan mak bapa . sebak + sedih tu confirm la kan ? tadi sempat jugak aku call mak . kesian mak & bapa , beraya berdua jak di tawau :'(

hmm , sekarang ni pun tengah nonton tv . layan setia hujung nyawa . hahaa , memang tak ada kerja kan ?? 
persiapan raya ni tak ada sangat la . aku, baju raya pun tak beli . pakai yang tahun-tahun lepas pun boleh . tak kisah pun . tahun ni aku di beri kepercayaan & ruang oleh kakak +Kathy Rbain  sebab bagi peluang buat cookies. dah siap 4 jenis . seronok pulak . walaupun tema cookies tahun ni "merekah & menggerutu" . hahaha . tak cantik takpa , janji sedap . wahh , sedap keee ??
  
gambar tak boleh upload . ntah kenapa aku punya henfon tu tak boleh transfer gambar , sedeyhhh , aku dah semangat ambil gambar , tapi tak boleh transfer dlaam lappy pulak . saboo je laa .. 

hmm , ok laa . aku ucapkan selamat hari raya aldilfitri , maaf zahir & batin :)
byeee ~

c u t i ~


semalam dah start cuti .. 2 minggu woo .. mula-ii di bagitau cuti 1 minggu , raya ke4 dah start kelas , tapi di panjang pulak la cutinya .. cuti pun kena ganti tau , tiap sabtu .. hmm , tak kisah laa .. aku tengah pening pikir nak buat apa dalam 2 minggu ni . cuti 2 hari sabtu ahad pun ada dah berpusing dalam rumah ni , nak jalan susah sebab kenderaan awam susah nak dapat . memang jalan kaki macam hari tu la kalau nak gi bandar .. 

persiapan raya untuk aku memang "habuk" .. hahaha .. memang tiap tahun pun macam tu . pakai apa yang ada laa kannn ? hari ni pun tak buat apa sangat , cuti tolong bersihkan tingkap & buat cookies ..raya kali ni first time tak beraya dengan mak bapa.. macam lain rasanya. sedih memang dah confirm la kan ?? tak pa la , tak ada rezeki :'(

member - member yang lain semua happy balik kampung . untung la kan ?? ada yang balik terengganu , kajang , pahang , perlis , muar , perak dll . aku stay di sini la . mana ada kampung lain selain tawau .. aduh , buntu kepala otak . buat assignment pun tak ada mood rasanya .. assignment pun tak banyak , ada dua jer rasanya . nanti la buat , masa betul-ii tak ada benda di buat, masa tu la aku cari bahan untuk assignment encik kharim .. assignmentnya "rumit" sikit . tapi , in sya Allah aku boleh buat . "tak mudah namun tak susah . terserah apa pilihanmu" .. hehehe ..assignment aplikasi komputer senang sikit , buat powerpoint .. fail pun dah bawa balik , nak ulangkaji & refresh la ceritanya ni . tu pun kalau terbaca la . kuiz & final exam yang aku risau . kena buat betul-betul . kalau tak , biasiswa ditarik balik pastu kalau dah pakai pun kena bayar semula . ishh , taknak aku kena tarik biasiswa .. 

hmm , tak ada idea sebenarnya ni .. tapi aku update jak blog ni .. opss , terlupa .. aku nak ucapkan selamat hari lahir & moga panjang umur dan murah reeki kepada anak saudara ALIA ELLYANA . dah 3 tahun dah umurnya hari ni . tak lupa jugak untuk blog ni "mieya story mory" hari ni dah 2 tahun 2 hari dah usianya .. moga panjang usiaaa ya blog :)