marhaban yaa ramadhan :)


alhamdulilah , esok ramadhan dah menjelma . MARHABAN YAA RAMADHAN . sempena 1 ramadhan , sekolah & kolej di bagi cuti . yang tinggal jauh tu boleh la balik rumah kampung sehari . bersahur & berbuka puasa dengan keluarga . aku , pertama kali berpuasa di Johor & pertama kali jugak tak berpuasa dengan mak bapak . kalau di tawau mesti ada orang yang bangunkan sahur . pukul 3 pagi dah ada orang ramai - ramai keliling satu kampung dengan gitar , kompang dll sambil nyanyi lagu yang di cipta sendiri untuk bangunkan sahur . 

ibu lah ibu , yang masih tidur ,
sila bangun , terus ke dapur ,
masaklah nasi , ikan & sayur ,
untuk santapan di waktu sahur .

sahurlah umat muslimin , 
sahur lah umat muslimat ,
marilah kita menunaikannya ..
jangan di abaikan harus di tunaikan ..
bulan puasa , bulan ramadhan ..

hahaha , ni la antara rangkap yang aku masih ingat . tu pun tak pasti betul ke tak lirik lagu ni .. ada banyak lagi lagu-ii ni sebenarnya tapi aku punya otak dah tak leh simpan banyak-banyak . maklumlah dah tua kan ? hahaha .. 

harap kita dapat sambut ramadhan esok , in sha Allah , jika di panjangkan umur :) 
di kesempatan ni jugak aku mau ucapkan selamat berpuasa buat mak & bapa yang berada jauh di tawau . rindu rasanyaa :') mesti sunyi kan sebab berbuka & bersahur berdua . biasanya , walaupun adik beradik lain dah tinggal jauh , sekurang-kurangnya ada aku temankan mak & bapa berpuasa . sekarang ni pun aku dah jauh jugak . belajar , bukan saja-saja .. panjang umur,ada rezeki dapat jumpa mak bapa & balik ke tawau :)

ni lagu favorite masa bulan-ii ramadhan . lagu kumpulan inteam & UNIC  .. tajuknya kemuliaan ramadhan . dua-ii group nasyid ni aku minat sangat-ii . apa lagi dua kumpulan ni dah bergabung , memang terbaik la kan ?


 Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)

tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 

10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

salam ramadhan & minta maaf banyak-banyak atas segala kesalahan . harap lepas ni 0 - 0 la yaa ;)

1 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..