hari lahir bapa & cerita dongeng :3


hari ni 15 julai 2013 . hari isnin . hari ni jugak hari lahir bapaku yang ke 75 tahun . baru lepas on the phone dengan mak . tadi ingat nak bercakap dengan bapa , tapi bapa dah tido la pulak . biasa la , orang dah berumur . sakit & uzur dah bapa . macam tak percaya betapa bezanya bapa dulu dengan sekarang . hmm .. apapun , semua anak-ii nya di sini mendoakan yang terbaik untuknya . moga bapa dipanjangkan umur , di murahkan rezeki & di berikan kesihatan yang baik . in sya Allah :)

cerita pasal bapa buat aku teringat masa aku kecik-ii dulu . macam mana sayangnya bapa dengan aku . hehehe . kalau aku nangis sikit , dia mesti tanya , kenapa ? siapa punya angkara ? haha .. lepas tu , kalau ada hari-ii tertentu , bawak jalan-ii , makan-ii . yang aku paling ingat *sebenarnya aku tiba-ii teringat semalam pasal cerita yang bapa selalu cerita dengan aku dulu .  cerita dua orang adik beradik dengan gergasi . dulu , masa aku dengar cerita ni , walaupun dengar berkali-kali & berulang-ulang , aku mesti exited mau dengar . walaupun aku dah tau apa ending cerita gergasi tu . hehehe . benda dah lama , tapi aku tiba-ii teringat , tapi aku ingat "sipi-sipi" la , tak ingat keseluruhan cerita . 

aku ceritakan la kisah yang aku ingat sikit tu ya :D

ceritanya begini , dulu ada dua orang budak * adik beradik mungkin sesat dalam hutan . jalan punya jalan tiba-ii terjumpa seekor gergasi . gergasi ni makhluk jahat la kiranya kan ?? lepas tu , gergasi tu pun nak makan hati budak dua orang ni . tapi diorang ni pandai , diorang cakap diorang kecik lagi , jadi hati pun kecik jugak . gergasi tu pun berjaya di perbodohkan . hmm , bodoh jugak gergasi tu ya , budak-ii pun boleh perbodohkan dia . satu hari tu , ntah macam mana *aku dah start lupa cerita , budak berdua ni buat perangkap . alaa , perangkap yang macam dalam tv tu . diorang korek tanah dalam-dalam , lepas tu cover tanah yang dah di gali tu dengan daun kelapa . so tak nampak la yang tanah tu dah di galikan ? tiba-tiba , gergasi tu nak makan hati budak berdua ni . kejar punya kejar , akhirnya gergasi tu pun dapat ...... dapat apa ? dapat masuk ke dalam lubang perangkap yang di buat oleh budak berdua tu . bukan dapat tangkap budak tu ... akhirnya , matilah sang gergasi tu .  hmm , begitu lah ceritanya .. masa kecik-ii dulu , mau hari-ii aku dengar cerita , apa lagi masa malam tengah blackout tu . mesti bapa suka cerita pasal gergasi tu . 

aku pun tak tau kenapa aku tiba-ii teringat cerita tu semalam , walaupun dah berbelas tahun aku tinggalkan . hmm , kalau dulu , boleh la bapa ceritakan cerita tu dengan aku , sebab dia masih sihat kan ? sekarang dah uzur :'(
aku teringat cerita tu , terus aku terbayang dengan bapa yang jauh di tawau sana :'(
& terus aku teringat yang hari ni hari jadi beliau lelaki ku :D

moga bapa panjang umur , murah rezeki & sihat hendaknya . ada rezeki , masa & umur , im sya Allah kita jumpa :')


encik Arbain bin Mastur
bapa saya :)

raya rahun lepas . 
mak , abang *munir, bapa & aku ..
haha , masa ni mak tak ready lagi :)

bertiga : D
mieya , bapa & abang 

sekian dahulu dari saya , jumpa lagi .. byeee :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..