BACKPACKERS TRAVEL ? mungkin satu hari nanti :')


hai semua .. hari ni dah ramadhan yang ke 18 .. hmm , tak terasa masa berlalu kan ? baju raya pun tak beli lagi , belum ada prepair lagi untuk raya .. hmm , hari ni hari sabtu , hari berehat la katakan .. tak benda nak di buat .. tu la kehidupan seorang pelajar .. masa ada kelas , asyik fikir nak balik & cuti , tapi bila dah cuti ke hulur kehilir tak tau nak buat apa .. 

hari ni baru update blog ni sebab tak ada idea datang .. dah berhabuk dah blog ni .. tapi hari ni aku nak cerita sikit la pasal melancong ni .. hahaha .. tiba-tiba pulak kan .. bukan apa , sejak ambil Pelancongan & pengembaraan  ni banyak jugak aku belajar benda baru . kalau sem lepas belajar jugak , tapi SMK la , tu pun course "pemanduan pelancong bandar" . orang cakap dah ada pengalaman sikit la untuk pegang microfon dalam bas pelancongan tu .. membebel sampai tersasul .. hahaha . malu + kelakar jugak kalau di ingat balik .. 

pasal melancong ni , memang best la kan ? siapa yang tak suka melancong ? bagitau akuuu .. ?!
tapi aku ni jenis penakut .. banyak mengharap dengan orang lain .. tapi ada cita-cita nak melancong sorang-sorang .. haha .. aku tiba-tiba "jatuh cinta" dengan  "backpackers traveller" .. nak tau backpackers traveller ni macam mana ? kita selalu tengok mat salleh la kebiasaanya yang bawak beg besar kat belakang & merayau-rayau kan ? tu la backpackers traveller .. ni yang jenis tak banyak bajet laa . macam aku , selalu bajet lari .. aku umpamakan buka dompet macam aku tengah kupas bawang . pedih menghiris sampai keluar air mata sebab dompet kopak .. hahaha ..
untuk backpakers travel ni kos lebih rendah & penggunaan beg sandang digunakan untuk jangkamasa yang panjang / lama , penggunaan kenderaan awam & hostel / penginapan kos rendah .. biasanya , backpackers ni dikaitkan dengan golongan muda yang kurang tanggungjawab* maksudnya tak terikat dengan tanggungjawab , cth anak / keluarga .. BUKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB  ya . hahaha..  selain tu , golongan ni ada lebih banyak masa perjalanan . macam gitu la lebih kurang maknanya ya :D

ni sebab kelas encik kharim*pensyarah , dia tunjukkan video national geography pasal travel .. pelakon hollywood kalau tak silap aku jason apa ntah nama dia .. dia datang malaysia buat video ,banyak tunjukkan produk pelancongan yang ada di malaysia .. budaya , warisan , alam semulajadi dll .. lepas tu yang paling aku suka , dia betul-betul jalani hidup masyarakat tempatan .. mula-mula dekat semenanjung malaysia , dia sambut raya , pergi masjid tengok macam mana masyarakat islam solat di masjid . makan ramai-ramai & berkumpul satu keluarga . lepas tu dia pergi sandakan sabah .. orang rumah tu terima baik walaupun hidup susah .. rumah tu macam dah nak roboh , "open air" tak da dinding dapur ,tapi pengacara tu tak memilih .. dia makan apa yang orang dalam rumah tu makan , ikan pun tak beli , dia tangkap ikan tu di sungai lepas tu goreng .. aku pun tiba-tiba pulak teringin nak jadi "backpakers travel" . mendekati , mendalami , MENJALANI & memahami cara hidup masyarakat tu .. hmm , teringin .. in sya Allah , mungkin satu hari nanti :)









5 ulasan:

  1. backpacker travellers ne macam best juga. hihi. jimat kos tapi blh experience banyak benda baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu .. save budget & lebih banyak pengalaman .. tu yang penting :)

      Padam
  2. Balasan
    1. kan ?? ni planning zaman2 masih muda & tak ada tuntutan sgt dengan keluarga .. hehehe .. in sya Allah , suatu hari nanti :)

      Padam

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..