BACKPACKERS TRAVEL ? mungkin satu hari nanti :')


hai semua .. hari ni dah ramadhan yang ke 18 .. hmm , tak terasa masa berlalu kan ? baju raya pun tak beli lagi , belum ada prepair lagi untuk raya .. hmm , hari ni hari sabtu , hari berehat la katakan .. tak benda nak di buat .. tu la kehidupan seorang pelajar .. masa ada kelas , asyik fikir nak balik & cuti , tapi bila dah cuti ke hulur kehilir tak tau nak buat apa .. 

hari ni baru update blog ni sebab tak ada idea datang .. dah berhabuk dah blog ni .. tapi hari ni aku nak cerita sikit la pasal melancong ni .. hahaha .. tiba-tiba pulak kan .. bukan apa , sejak ambil Pelancongan & pengembaraan  ni banyak jugak aku belajar benda baru . kalau sem lepas belajar jugak , tapi SMK la , tu pun course "pemanduan pelancong bandar" . orang cakap dah ada pengalaman sikit la untuk pegang microfon dalam bas pelancongan tu .. membebel sampai tersasul .. hahaha . malu + kelakar jugak kalau di ingat balik .. 

pasal melancong ni , memang best la kan ? siapa yang tak suka melancong ? bagitau akuuu .. ?!
tapi aku ni jenis penakut .. banyak mengharap dengan orang lain .. tapi ada cita-cita nak melancong sorang-sorang .. haha .. aku tiba-tiba "jatuh cinta" dengan  "backpackers traveller" .. nak tau backpackers traveller ni macam mana ? kita selalu tengok mat salleh la kebiasaanya yang bawak beg besar kat belakang & merayau-rayau kan ? tu la backpackers traveller .. ni yang jenis tak banyak bajet laa . macam aku , selalu bajet lari .. aku umpamakan buka dompet macam aku tengah kupas bawang . pedih menghiris sampai keluar air mata sebab dompet kopak .. hahaha ..
untuk backpakers travel ni kos lebih rendah & penggunaan beg sandang digunakan untuk jangkamasa yang panjang / lama , penggunaan kenderaan awam & hostel / penginapan kos rendah .. biasanya , backpackers ni dikaitkan dengan golongan muda yang kurang tanggungjawab* maksudnya tak terikat dengan tanggungjawab , cth anak / keluarga .. BUKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB  ya . hahaha..  selain tu , golongan ni ada lebih banyak masa perjalanan . macam gitu la lebih kurang maknanya ya :D

ni sebab kelas encik kharim*pensyarah , dia tunjukkan video national geography pasal travel .. pelakon hollywood kalau tak silap aku jason apa ntah nama dia .. dia datang malaysia buat video ,banyak tunjukkan produk pelancongan yang ada di malaysia .. budaya , warisan , alam semulajadi dll .. lepas tu yang paling aku suka , dia betul-betul jalani hidup masyarakat tempatan .. mula-mula dekat semenanjung malaysia , dia sambut raya , pergi masjid tengok macam mana masyarakat islam solat di masjid . makan ramai-ramai & berkumpul satu keluarga . lepas tu dia pergi sandakan sabah .. orang rumah tu terima baik walaupun hidup susah .. rumah tu macam dah nak roboh , "open air" tak da dinding dapur ,tapi pengacara tu tak memilih .. dia makan apa yang orang dalam rumah tu makan , ikan pun tak beli , dia tangkap ikan tu di sungai lepas tu goreng .. aku pun tiba-tiba pulak teringin nak jadi "backpakers travel" . mendekati , mendalami , MENJALANI & memahami cara hidup masyarakat tu .. hmm , teringin .. in sya Allah , mungkin satu hari nanti :)









CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK

Bissmillahirahmanirahim .

Sempena bulan ramadhan nie cik akak nak merasmikan satu lagi contest..
Contest nie berlangsung 2 minggu sahaja....
Bermula 10 Julai 2013 dan tamat 23 Julai 2013
Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh cik akak dan rakan sponser yang oshem...



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah


  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)
   








banner kredit KathyRbain


  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian
Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)

*Senarai Peserta*


mieya tag
+Kathy Rbain 
+Iqmar Effendy 

hari lahir bapa & cerita dongeng :3


hari ni 15 julai 2013 . hari isnin . hari ni jugak hari lahir bapaku yang ke 75 tahun . baru lepas on the phone dengan mak . tadi ingat nak bercakap dengan bapa , tapi bapa dah tido la pulak . biasa la , orang dah berumur . sakit & uzur dah bapa . macam tak percaya betapa bezanya bapa dulu dengan sekarang . hmm .. apapun , semua anak-ii nya di sini mendoakan yang terbaik untuknya . moga bapa dipanjangkan umur , di murahkan rezeki & di berikan kesihatan yang baik . in sya Allah :)

cerita pasal bapa buat aku teringat masa aku kecik-ii dulu . macam mana sayangnya bapa dengan aku . hehehe . kalau aku nangis sikit , dia mesti tanya , kenapa ? siapa punya angkara ? haha .. lepas tu , kalau ada hari-ii tertentu , bawak jalan-ii , makan-ii . yang aku paling ingat *sebenarnya aku tiba-ii teringat semalam pasal cerita yang bapa selalu cerita dengan aku dulu .  cerita dua orang adik beradik dengan gergasi . dulu , masa aku dengar cerita ni , walaupun dengar berkali-kali & berulang-ulang , aku mesti exited mau dengar . walaupun aku dah tau apa ending cerita gergasi tu . hehehe . benda dah lama , tapi aku tiba-ii teringat , tapi aku ingat "sipi-sipi" la , tak ingat keseluruhan cerita . 

aku ceritakan la kisah yang aku ingat sikit tu ya :D

ceritanya begini , dulu ada dua orang budak * adik beradik mungkin sesat dalam hutan . jalan punya jalan tiba-ii terjumpa seekor gergasi . gergasi ni makhluk jahat la kiranya kan ?? lepas tu , gergasi tu pun nak makan hati budak dua orang ni . tapi diorang ni pandai , diorang cakap diorang kecik lagi , jadi hati pun kecik jugak . gergasi tu pun berjaya di perbodohkan . hmm , bodoh jugak gergasi tu ya , budak-ii pun boleh perbodohkan dia . satu hari tu , ntah macam mana *aku dah start lupa cerita , budak berdua ni buat perangkap . alaa , perangkap yang macam dalam tv tu . diorang korek tanah dalam-dalam , lepas tu cover tanah yang dah di gali tu dengan daun kelapa . so tak nampak la yang tanah tu dah di galikan ? tiba-tiba , gergasi tu nak makan hati budak berdua ni . kejar punya kejar , akhirnya gergasi tu pun dapat ...... dapat apa ? dapat masuk ke dalam lubang perangkap yang di buat oleh budak berdua tu . bukan dapat tangkap budak tu ... akhirnya , matilah sang gergasi tu .  hmm , begitu lah ceritanya .. masa kecik-ii dulu , mau hari-ii aku dengar cerita , apa lagi masa malam tengah blackout tu . mesti bapa suka cerita pasal gergasi tu . 

aku pun tak tau kenapa aku tiba-ii teringat cerita tu semalam , walaupun dah berbelas tahun aku tinggalkan . hmm , kalau dulu , boleh la bapa ceritakan cerita tu dengan aku , sebab dia masih sihat kan ? sekarang dah uzur :'(
aku teringat cerita tu , terus aku terbayang dengan bapa yang jauh di tawau sana :'(
& terus aku teringat yang hari ni hari jadi beliau lelaki ku :D

moga bapa panjang umur , murah rezeki & sihat hendaknya . ada rezeki , masa & umur , im sya Allah kita jumpa :')


encik Arbain bin Mastur
bapa saya :)

raya rahun lepas . 
mak , abang *munir, bapa & aku ..
haha , masa ni mak tak ready lagi :)

bertiga : D
mieya , bapa & abang 

sekian dahulu dari saya , jumpa lagi .. byeee :)

marhaban yaa ramadhan :)


alhamdulilah , esok ramadhan dah menjelma . MARHABAN YAA RAMADHAN . sempena 1 ramadhan , sekolah & kolej di bagi cuti . yang tinggal jauh tu boleh la balik rumah kampung sehari . bersahur & berbuka puasa dengan keluarga . aku , pertama kali berpuasa di Johor & pertama kali jugak tak berpuasa dengan mak bapak . kalau di tawau mesti ada orang yang bangunkan sahur . pukul 3 pagi dah ada orang ramai - ramai keliling satu kampung dengan gitar , kompang dll sambil nyanyi lagu yang di cipta sendiri untuk bangunkan sahur . 

ibu lah ibu , yang masih tidur ,
sila bangun , terus ke dapur ,
masaklah nasi , ikan & sayur ,
untuk santapan di waktu sahur .

sahurlah umat muslimin , 
sahur lah umat muslimat ,
marilah kita menunaikannya ..
jangan di abaikan harus di tunaikan ..
bulan puasa , bulan ramadhan ..

hahaha , ni la antara rangkap yang aku masih ingat . tu pun tak pasti betul ke tak lirik lagu ni .. ada banyak lagi lagu-ii ni sebenarnya tapi aku punya otak dah tak leh simpan banyak-banyak . maklumlah dah tua kan ? hahaha .. 

harap kita dapat sambut ramadhan esok , in sha Allah , jika di panjangkan umur :) 
di kesempatan ni jugak aku mau ucapkan selamat berpuasa buat mak & bapa yang berada jauh di tawau . rindu rasanyaa :') mesti sunyi kan sebab berbuka & bersahur berdua . biasanya , walaupun adik beradik lain dah tinggal jauh , sekurang-kurangnya ada aku temankan mak & bapa berpuasa . sekarang ni pun aku dah jauh jugak . belajar , bukan saja-saja .. panjang umur,ada rezeki dapat jumpa mak bapa & balik ke tawau :)

ni lagu favorite masa bulan-ii ramadhan . lagu kumpulan inteam & UNIC  .. tajuknya kemuliaan ramadhan . dua-ii group nasyid ni aku minat sangat-ii . apa lagi dua kumpulan ni dah bergabung , memang terbaik la kan ?


 Ramadhan bulan ibadah 
bulan kerahmatan dan keampunan 
para malaikat merendahkan sayap 
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa 
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu 
mengawal indera

*Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya 
(Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang 
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)

tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan 

10 akhir ramadhan 
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

salam ramadhan & minta maaf banyak-banyak atas segala kesalahan . harap lepas ni 0 - 0 la yaa ;)

m i x ~


dah seminggu kelas untuk sem baru. setakat ni ok la. assignment pun "okay" jugak la kan ? haha. maklumlah, dah ada 7 subjek. ada 4 pensyarah .antara subjek - ii  *aplikasi komputer , pengenalan pelancongan , pengenalan diri 1 , interpetasi pelancongan , communicative english , perkhidmatan pelanggan & pertolongan cemas . pembentangan memang selalu la , kena buat dalam power point , tapi aku tak terer sangat la kan , buat yang basic la gitu . ada kena interview tokoh , tapi tu dah siap . yang tengah pikir ni untuk rakaman *perkhidmatan pelanggan . kena berlakon bad & good service . nasib baik la 1 group aku encik john dah siap buat skrip . satu hari dah siap . haha ,best student gitu . 1 lagi encik azhar . nak berlakon ,kena rakam, tapi tak ada pulak kamera yang boleh pakai . hmm , nanti la pikir tu . haha . rilek dulu kan ? 

ha , ni satu kelas dengan aku . kawan baru la katakan .
yang depan ni ika , pastu aku laa , saira & jeevita .
ika & saira 1 umur , batch '95

mieya & jeevita .
ni yang 1 umur dengan aku . siap bole ajar bahasa tamil lagi tau.
eppadi irke ? tu maksudnya apa khabar . haha .

ok dah tu pasal kolej & salam perkenalan dari mana-ii pihak untuk berkenalan dengan kawan baru adalah tidak di layan sama sekali .. haha , ayat aku macam jeles jak kan ? eh , tak la *lari tajuk :3

tak , aku mau cerita pasal doodle sebenarnya . terima kasih untuk kakak ku , KATHY  sebab hadiahkan & buat kan doodle untuk aku .. terima kasih bebanyak yee .. ni laa doodlenyaa :D

 haa , jadi tak ? ada iras kan ? 

tu mieya dengan hmmpp .. ehhhh
 cubalah , cuba sayang teka *lalalaaa ~
kalau dapat teka , dia hebat !!



ni pulak siapa ye ? hahaha . tak la , mintak doodle ni sebab comel sangat .
comel kaaann ? pastu warna hitam & kuning pulak tu . sesuai dengan tema blog ni :)

tadi aku beranikan diri pegi today's dekat ulu tiram . bukan jauh sangat *tapi jauh jugak laa sebenarnya,   aku tak biasa naik bas di sini . mintak teman dengan anak buah . dah dua-ii tak biasa naik bas , memang macam-ii dalam fikiran . pegi sana sebab nak beli buku pembangunan pelancongan & perubahan komuniti , untuk kelas encik kharim , tapi buku tu dah habis dah . lagipun akak yang kerja di kedai buku tu cakap buku tu buku lama , publisher pun tak terkenal , tapi tiba-ii semua cari buku tu . memang susah la kan ? ujung-ii bukan beli buku , tapi beli baju . baju apa ? ehh , jap laaa .. 




haa , ini laa yang di beli . walaupun aku bukan orang johor & bukan penyokong kuat JDT tapi aku beli jugak la baju ni. lawa kot . tulisan dia warna silver ke emas , ntah la! tak pasti . haha , lagipun kan sekarang dah duduk johor , beli la 1 baju johor . Johorean gituu. HARIMAU SELATAN , luaskan kuasamu . 

aku pun dah tak tau nak cerita  pasal apa lagi . okay la ,bai bai ..


Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera


kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)

SEGMEN HAKIM BLOGLIST SEMPENA RAMADHAN

*** Entri Sticky Post ***
Entri terbaru boleh scroll kat bawah
Segmen Hakim Bloglist Sempena Ramadhan
Banner kredit Kathy Rbain


Syarat-syarat penyertaan



  • Mempunyai Blog (Wajib)
  • Follow belog Hakim Faiz , Bagi yang sudah follow...boleh abaikan button followers tu
  • Add Google + Followers Mohd Hakim Faiz tu....ikhlas tau...Allah maha melihat bila anda tak ikhlas..
  • Letak tajuk " Segmen Hakim Bloglist Sempena Ramadhan "
  • Entri korang boleh buat yang korang suka, tak pun copy & paste je entri nie dalam kotak entri anda...Senang je kan..tak perlu nak taip dan apa-apa lagi kan
  • Tag dua orang...pastikan mereka tahu..wajib tau
  • Akhir sekali tinggal link kat dalam kotak komen.....kat cbox Hakim tidak layan sama sekali...harap maaf
  • Hanya terbuka kepada Blogger Malaysia sahaja.
  • Like fanpage 1 , 2

10 Bloglist akan diletakkan http://sub.mhakimfaiz.my/
atau saya akan letak semua sekali disalah 1 yang join segmen blog-list ini


Tambahan RM5 x2 pemenang

jika ada tambahan akan diberi tahu kelak

Tutorial Copy paste kod html


HTML code

Copy code di bawah ni dan paste ke ruangan Html post korang. Siapa tak reti guna copypaste coding entry, boleh tempek banner dan linkkan ke entry ini. Then, Publish.