yang tersayaaaang ~

hai semua :)
apa khabar ? sihat ? dah makan ? 
sebenarnya aku tak hadoo idea pun mau update blog malam ni tapi nak jugak rasanya jari jemari runcing ni buat entri . haha , runcing laaaa sangatt kan ? hmmp , semalam * jumaat , kami dah final exam untuk LA 4 . soalan objektif tu senang la , tapi masuk kertas 2 , bahagian komentar  , ntah apaa aku merapu . tawakal illalah , kun fayakun . hehe . isnin ni ada final untuk LA 5 pulak . doakan la yang terbaik ya :) 
sepatutnya jumaat kami dah habis sem , tapi fail tak lengkap lagi , lagipun ada final lagi kan ? aku dah amek keputusan ambil course yang 2 tahun , tak ambil nature tu . jumpa lagi dengan kawan-ii baru . hari selasa depan pendaftaran untuk pelajar baru . rabu untuk yang ambil nature . hmm , aku borang pun tak isi lagi nih . apa daknya , lama sangat fikir yang mana satu nak ambil . esok laa aku isi . 

haa , yang aku mau cerita sebenarnya pasal benda yang tersayaang dalam hidup ni *selain laptop ni . aku sayang sangat dengan buku-buku aku . * dah impian pun mau bukak kedai buku sendiri kan ?aku start minat membaca masa sekolah rendah lagi . buku pertama yang menyebabkan aku minat membaca sampaaaaai la sekarang ialah ......... jeng jeng jenggg .. buku enid blyton . buku 5 sekawan . buku tu cerita pasal penyiasatan . 5 sekawan ni budak-ii sebenarnya . eddie , dean , george , mona & tompok *haiwan peliharaan diorang . lepas tu , aku dah jadi membaca sebagai hobi . buku , novel penyisatan , pembunuhan , seram , cinta , semua aku layannn ~ 

ni la koleksi 5 sekawan . gambar ni aku amek dari abang google 
buku-buku ni la yang buat aku minat membaca sampai sekarang :D
5 sekawan, karya Enid Blyton *buku penyiasatan 

haa , ni aku sayang sangat-sangat tapi aku baru dapat kumpul 5 koleksi jak *novel pembunuhan & penyiasatan ..
susah sikit mau cari  & kumpul novel sherlock holmes . popular sangat kot ~
sherlock holmes, karya Athur Conan Doyle

haa , ni pun suka gak sebab cerita dalam dvd beza dengan yang dalam buku . 
dalam novel lebih detail kot . dah habis baca semua ni * buku tu pun dah "kopak" sangat , tapi tak pernah nonton breaking dawn lagi . 
twilight & twilight saga, karya stephenie meyer *novel romantik & seram *tak seram pun c edward cullen tu.

haa , ni antara "dalam simpanan" . 
buku penyiasatan , hercule poirot , antara yang best , pembunuhan di orient express & mati di udara tapi buku ni bahasa indonesia , tapi minat punya pasal aku baca jugak sampai habis . lain - lain , pembunuhan ABC , empat berkonspirasi , rahsia folly & pembunuhan selepas pengebumian . tajuk-tajuk ni yang aku sempat baca  kalau cerita hercule poirot *karya Agatha cristie .

yangg ini , karya Ain Maisarah . siri "aku mahu" pun dah banyak aku baca .
 yang ini siri impiana , ada penyiasatan sikit & misteri , kehidupan & semangat setia kawan :)
antaraaaa yang PALING BEST pernah aku baca :D
terbaekkkk 

yang paling terbaru aku beli . dah lama aku cari . aku baca buku ni dah lama ,
 aku jumpa di perpustakaan tawau . tapi aku jumpa 2 buku jak * sekarang dah di combine semua .
yang aku baca dulu *zaman sekolah rendah , dah umur 19 tahun baru dapat cari & beli buku ni . bercerita tentang malam & joni togo merepek lagi . yang ini , Joni Togo kembali lagi , dah di satukan & ditambah dua siri baru . genre seram + pembunuhan * karya Ahadiat Akashah . terbaekkk ..

lain-lain , banyak jugak yang aku minat tapi bukan "hak milik" laa . karya aisyah sofea dah baca habis dah , ramlee awang murshid punya buku pun best-best jugak terutamanya fiksyen 302 , mandatori & 9 nyawa * mandatori & 9 nyawa jak aku punya , tu pun tertinggal @ tawau . sedihh :'(

terbaik arhh cerita ni . suspen + misteri 
 pinjam buku akak , baru dapat baca . hahaha ~

best ! cerita ni pun terbaek . cerita pasal pembunuhan & kekeliruan identiti .


ramlee awang murshid terbaik :D

banyak lagi sebenarnya , tapi memang dak terupdate kalau aku mau cerita semuanya kan . apapun , buku-buku ni antara yang terbest + terbaekk . tak percaya ? cuba la baca ;)



2 ulasan:

  1. kalau cik akak baca novel sebegini dik..memang sah kasi air liur basi..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha , sy mmg minat buku2 macam ni cik akak . pembunuhan , penyiasatan , cinta semua sya layan . best sangat2x ..

      Padam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..