hari ni ~


hello readers ? apa khabar ? haa , hari ni baru ada idea update blog . tu pun sebab hari ni*khamis, 27 jun 2013  ada sesi orientasi . pelajar SMK 2 *nature guide dengan SKK yang aku nak ambil ni . hari ni jugak siapkan fail & masukkan assignment miss elle . so, miss elle & puan su punya assignment dah settle . cop & tandatangan pun dah . tinggal dari puan yan jak . 

hari ni jugak hari last untuk budak kelas . senior kan ? miera & suha . budak laki lak azam , dayat & shah . sedih la sebab baru kenal dah kena pisah . macam pelik pulak kan ? dah biasa la dengan miera , suha & nana walaupun aku tak rapat sangat dengan diorang . nana , akmal , encik saleh & cik razak pun lain kelas . nana & akmal pun dah final.

 lepas kemas-kemas fail ,dah nak balek ada la pulak drama . haha , sedih la sampai nangis-ii .. aduyhh ! lumrah . bertemu untuk berpisah . dah kenal kan , trip sama-ii , makan sama-ii . mana aku tak sedih .. haha , suha pun nangis jugak , miera jak yang tak nangis tapi masa dalam lif tu dah berkaca-ii jugak mata . hehee .. tak pa la , siapa suruh aku masuk kolej lambat , setahun rehat dekat rumah lepas spm kan ? sekarang dah terlambat . so , untuk diorang semua , semoga maju jaya & lepas keluar ni dapat kerja yang elok . in sya Allah :) 

miera , nana , suha & aku :)

masa jerebu pun bole main doktor - ii .. 
hahaha :D

hari sukarelawan (kot)
aku , suha , nana & miera :)

kak shila , mieya , nadia , suha , miera , nana , azah & puan ina :)
@ terengganu

kolej komuniti kota tinggi @ pulau perhentian ~

dari bawah : mieya , miera , suha & nana 
@KL

@zoo negara 

bersama mereka @ masjid biru / masjid sultan salahuddin , shah alam :)



depan : shah , azam , dayat , akmal 
belakang : encik razak , miera , nana , miss elle , puan hani , puan su , suha , mieya & encik saleh .
(dari kiri ke kanan yoo )
@ stadium shah Alam 

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

yang tersayaaaang ~

hai semua :)
apa khabar ? sihat ? dah makan ? 
sebenarnya aku tak hadoo idea pun mau update blog malam ni tapi nak jugak rasanya jari jemari runcing ni buat entri . haha , runcing laaaa sangatt kan ? hmmp , semalam * jumaat , kami dah final exam untuk LA 4 . soalan objektif tu senang la , tapi masuk kertas 2 , bahagian komentar  , ntah apaa aku merapu . tawakal illalah , kun fayakun . hehe . isnin ni ada final untuk LA 5 pulak . doakan la yang terbaik ya :) 
sepatutnya jumaat kami dah habis sem , tapi fail tak lengkap lagi , lagipun ada final lagi kan ? aku dah amek keputusan ambil course yang 2 tahun , tak ambil nature tu . jumpa lagi dengan kawan-ii baru . hari selasa depan pendaftaran untuk pelajar baru . rabu untuk yang ambil nature . hmm , aku borang pun tak isi lagi nih . apa daknya , lama sangat fikir yang mana satu nak ambil . esok laa aku isi . 

haa , yang aku mau cerita sebenarnya pasal benda yang tersayaang dalam hidup ni *selain laptop ni . aku sayang sangat dengan buku-buku aku . * dah impian pun mau bukak kedai buku sendiri kan ?aku start minat membaca masa sekolah rendah lagi . buku pertama yang menyebabkan aku minat membaca sampaaaaai la sekarang ialah ......... jeng jeng jenggg .. buku enid blyton . buku 5 sekawan . buku tu cerita pasal penyiasatan . 5 sekawan ni budak-ii sebenarnya . eddie , dean , george , mona & tompok *haiwan peliharaan diorang . lepas tu , aku dah jadi membaca sebagai hobi . buku , novel penyisatan , pembunuhan , seram , cinta , semua aku layannn ~ 

ni la koleksi 5 sekawan . gambar ni aku amek dari abang google 
buku-buku ni la yang buat aku minat membaca sampai sekarang :D
5 sekawan, karya Enid Blyton *buku penyiasatan 

haa , ni aku sayang sangat-sangat tapi aku baru dapat kumpul 5 koleksi jak *novel pembunuhan & penyiasatan ..
susah sikit mau cari  & kumpul novel sherlock holmes . popular sangat kot ~
sherlock holmes, karya Athur Conan Doyle

haa , ni pun suka gak sebab cerita dalam dvd beza dengan yang dalam buku . 
dalam novel lebih detail kot . dah habis baca semua ni * buku tu pun dah "kopak" sangat , tapi tak pernah nonton breaking dawn lagi . 
twilight & twilight saga, karya stephenie meyer *novel romantik & seram *tak seram pun c edward cullen tu.

haa , ni antara "dalam simpanan" . 
buku penyiasatan , hercule poirot , antara yang best , pembunuhan di orient express & mati di udara tapi buku ni bahasa indonesia , tapi minat punya pasal aku baca jugak sampai habis . lain - lain , pembunuhan ABC , empat berkonspirasi , rahsia folly & pembunuhan selepas pengebumian . tajuk-tajuk ni yang aku sempat baca  kalau cerita hercule poirot *karya Agatha cristie .

yangg ini , karya Ain Maisarah . siri "aku mahu" pun dah banyak aku baca .
 yang ini siri impiana , ada penyiasatan sikit & misteri , kehidupan & semangat setia kawan :)
antaraaaa yang PALING BEST pernah aku baca :D
terbaekkkk 

yang paling terbaru aku beli . dah lama aku cari . aku baca buku ni dah lama ,
 aku jumpa di perpustakaan tawau . tapi aku jumpa 2 buku jak * sekarang dah di combine semua .
yang aku baca dulu *zaman sekolah rendah , dah umur 19 tahun baru dapat cari & beli buku ni . bercerita tentang malam & joni togo merepek lagi . yang ini , Joni Togo kembali lagi , dah di satukan & ditambah dua siri baru . genre seram + pembunuhan * karya Ahadiat Akashah . terbaekkk ..

lain-lain , banyak jugak yang aku minat tapi bukan "hak milik" laa . karya aisyah sofea dah baca habis dah , ramlee awang murshid punya buku pun best-best jugak terutamanya fiksyen 302 , mandatori & 9 nyawa * mandatori & 9 nyawa jak aku punya , tu pun tertinggal @ tawau . sedihh :'(

terbaik arhh cerita ni . suspen + misteri 
 pinjam buku akak , baru dapat baca . hahaha ~

best ! cerita ni pun terbaek . cerita pasal pembunuhan & kekeliruan identiti .


ramlee awang murshid terbaik :D

banyak lagi sebenarnya , tapi memang dak terupdate kalau aku mau cerita semuanya kan . apapun , buku-buku ni antara yang terbest + terbaekk . tak percaya ? cuba la baca ;)



Segmen Doodle Comel by Fizgraphic

mieya dah join segmen doodle comel :)
nickname : mieya kecik
warna baju : hitam 
warna tudung : kuning
mieya tag myzatul iqma & kathy 
ok , byee :* 

relakan jiwa :')

okay , malam ni update lagu hazama pulak . tak ada aktiviti kolej  yang aku mau story hari ni , tapi rasa gatal sangat mau update blog . jadi update lirik lagu yang aku suka la yaa *shining eyes 

 best la lirik & lagu ni . ehh tapi  lagu hazama memang semuaaaaa pun best-best .  ni antara lagu favorite laa * lagu pulau perhentian bak kata nadia (member aku la ) lepas dia dengar lagu ni , dia pun "terasuk" jugak . lagu hazama memang "berhantu" kot . hahaha , layannn dulu ~

ku sangka diriku selamanya kelam ,
terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta .

memaksa diriku menapaki jalan ,
arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku .

kini kau pun hadir memberi cahaya ,
membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri .

menuntun hati ku kepalung asmara ,
seakan ku hidup kembali dari matiku .

engkaulah cinta yang selama ini aku cari ~

ku relakan jiwa ,
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu ,
kerana engkaulah nadi yang menghidupkan aku ,
yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku .

* hati bukan untuk dimiliki tapi hati untuk dicintai dan mencintai 
ku relakan jiwaku padamu ~

ku relakan jiwa ,
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu ,
kerana engkaulah nadi yang menghidupkan aku ,
yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku .

seandainya waktu tak pernah pertemukan aku dengan dirimu ,
akan ku biarkan mati hatiku selamanya ,
sehingga engkau datang membangunkan akuu ~

ni video lirik lagu ni . BEST ! *klik la kalau rasa berminat mau dengar :)
  
http://www.youtube.com/watch?v=4PMjq1LyPMk

SIMPLE GIVEAWAY 3 HARI BERSAMA BLOG MADAH CINTA

 
 
 
 

Syarat-syarat penyertaan

  • Follow belog cik akak SINI & belog sponser SINI
  • Bagi yang sudah follow...boleh abaikan button followers tu
  • Add Google + Followers cik akak tu....
  • Add Google + Followers sponser tu dan Likes Fanpage SINI....
  • Letak tajuk " Simple GiveAway 3 Hari Bersama Blog Madah Cinta "
  • Tag dua orang...pastikan mereka tahu..wajib tau
  • Hanya terbuka kepada Blogger Malaysia sahaja.

Hadiah yang bakal dimenangi.....
1. Novel
2. RM5 x 4 orang pemenang
3. Review belog (hanya untuk 5 orang yang cik akak pilih)

Hadiah dari Sponser
1. Doodle (2 pemenang)
Giveaway tamat : 19 jun 2013 jam 8.00 malam


Pemenang menggunakan Khidmat Encik Random je
< SENARAI PESERTA>

blank ( O_o )

hyep ! apa khabar semua ? hari ni ada final exam . exam slaid , aku ambil slaid masjid kristal , terengganu. maklumlah , baru balik dari terengganu jadi masih teringat-ingat lagi la terengganu tu kan ? hehehe . gambar yang aku janji mau upload di pulau perhentian pun aku dah upload . 

exam tadi macam kelaut jak aku punya komentar . aku lupaa apa yang aku nak cakap . aduss , aku dah start lupa masa aku tersalah sebut jemaah jadi jenazah . hahaha , aku mau cakap masjid ini memuatkan sekurang-kurangnya 7oo orang jemaah dalam satu-satu masa , tapi boleh pulak tersebut jenazah . yang lain apa lagi , gelakkan aku laa .. hahaha . lepas tersasul tu , aku dah blank , ga ga ga gagap ku menjelma . haha . ahh , redhooo je la kan ? benda dah lepas . biar kan lahh . 

cakap pasal benda yang lepas ni , aku dah sakit hati + menyesal dak datang larian kitar semula sabtu lepas . apa daknya , kena kumpul di kolej pukul 5.30 pagi . susah la kan ? so , aku pun dak pegi laa . haa , masa-masa aku dak pegi pulak laa dorang boleh jumpa player JDT dekat dataran JB  tu . aduyyh , aku dah nak nangis masa nana & miera tayang gambar diorang dengan player-ii JDT tu .  muslim ahmad pun ada .. mana aku dak sakit hati :'(
memang tak ada rezeki kan ? tak pa la , lain kali aku mesti datang & ikut aktiviti-ii kolej . *selalu masa aku rajin , tak jumpa pulak . baru tak datang sehari baru pulak ada pemain-ii johor ni kan ? erhh , sabarr ! 

oh ya , aku dah pun lepas final exam *coach komentari . aku buat komentar di kota iskandar . orang ke TIGA buat komentar di sana . aku dah sakit perut , sebab dah tak tau mau cakap & cerita pasal apa . risau , nasib baik la azam & hassan tak cakap banyak point , ada jugak la benda yang aku bole cerita . hehehe .

& tadi ( 18 jun 2013)  ketua pengarah kolej komuniti  Malaysia  encik Amir b Md Noor datang kolej . buat lawatan ke kolej . jap eh , aku upload gambar tadi .





menyambut ketua pengarah kolej komuniti datang :)

en Ali pengarah kolej komuniti kota tinggi 
& en .Amir b.Md Noor 

3D2N @ PULAU PERHENTIAN , TERENGGANU ( 11 -14 jun 2013 )

pulau perhentian dalam ingatan :')

salam jumaat semua . hari ni penat sikit sebab pukul 3 pagi tadi baru sampai rumah . miss elle kot yang hantar aku sampai rumah . penat seyh , dak cukup tidur . ehh , macam singaporean la pulak ada "seyh" tu kan ? hahahaha . walaupun penat tapi rasa gembira sangat bercuti ke pulau perhentian .muka aku pun dah rentung . berbelang sebab mandi laut & snorkeling . isnin * 10 /6/2013 , tu kami berkumpul di kolej jam 8.30 malam . tidur lena dalam bas sebab aku makan ubat batuk ,tidur pun dak ingat dunia . lepas tu banyak singgah shell / petronas / esso untuk ke tandas. pukul 3.00 pagi boleh singgah makan lagi . sempat lagi makan sup di pekan , pahang . ada gerai tepi jalan tu kan ? power supnya . aku dah lupa apa nama gerai tu . lepas tu dalam pukul 6 pagi gitu sampai di surau , terengganu . solat subuh & sarapan pagi .  lepas tu kami teruskan perjalanan ke jeti kuala Besut untuk pegi pulau perhentian . lama jugak dalam bas tu , lebih dari 2 jam kot . penat ! yang aku tau , tidur , makan jajan , tidur . 10 kali lelap , 10 kali bangun , 10 kali jumpa sekolah , 10 kali jumpa masjid dak jugak sampai di jeti tu , cuak aku . hahaha . akhirnya dalam 10 - 11 pagi sampai jugak kami di jeti kuala besut . dalam pukul 1 petang kami dah sampai di Pulau perhentian . OYEAHH OYEAHH ! 

kami dah di sambut turun dari bas lagi oleh encik Din , pengurus / pemilik water colour resort . sampai di sana kami makan , briefing sikit lepas tu masuk bilik . aku satu bilik dengan nadia , zu & azah . roomate gila-gila . hahahah . lepas tu kami di bawa ke jeti taman laut untuk belajar snorkeling . aku lah manusia paling slow , paling lambat , paling susah di ajar untuk snorkeling . pakai life jacket pun takut tenggelam . hahahaha . mula-ii puan Ina ,  lepas tu  encik razak , next zakir , lepas tu puan ina & puan hani datang lagi ajar aku dengan zakir pun masih dak pandai . sengal betul aku ni kan , dak pandai aku bergoogle bagai . kadang-kadang lupa bernafas , kagum sangat kot aku tengok coral di bawah tu , apa dak menggelupar kelemasan . hahaha . ujung- ujung akak mia , yang ajar snorkeling tu yang bawak aku pakai pelampung  . failed "water confident"nya . hahaha . lepas tu aku ikut kak sheila snorkeling jugak . lama abang tu bawak snorkeling . penat aku ! cuba tengok berapa ramai orang yang ajar aku . hahahaha . lepas snorkeling kami pegi LATA AIR BERANI . haa , di sini ada air bukit . sejukkk sangat , orang tua punya cerita la kan , siapa yang mandi / bersiram air tu sambil buat hajat , dia punya hajat tu akan di kabulkan . hehehe . kalau nak percaya, percaya la . terpulang dari individu la kan? 

lepas tu , kami balik bilik . mandi & bersiap untuk makan malam . BBQ  beb . lepas makan , kami main "kotak beracun" . setiap peserta kena buat .  aku punya nama di undi oleh puan su jadi pembantu si fahmi . dia kena ungkapkan ayat cinta . aku pulak jadi mangsa di samakan dengan cendawan kulat . hahahahah  , kejam ! lepas tu kami bertukar-ii hadiah . hadiah yang paling lucu hadiah syah dengan dayat . satu beli kamera mainan , satu lagi henfon mainan . aduhh , malang betul siapa yang dapat tu . aku dapat hadiah si abey , azah dapat hadiah aku . hehehe . btw , aktiviti di sana memang best .

mieya & nadia :)
*eh , yang di belakang tu suha , nana & kak shila .
azah , nadia , aku & zu :D

bersama mereka :)

welcome to terengganu :)


masjid kristal , Terengganu .
*capture dari coach , tak jelas sangat la .
jeti jabatan laut , kuala Besut 







bersama azah


pemandangan dari bot ~

perhh , macam teror la pulak aku kan ?
 padahal paling takut snorkeling . hahaha :p

game "kotak beracun" bersama fahmi 

sesi bertukar hadiah 
aku dapat hadiah abey ..

azah dapat hadiah aku . haha :D

hari pertama @ pulau perhentian 

hari ke 2 , kami sarapan pagi . lepas tu kami pergi ke long beach . ada buat trekking sikit la . dalam 10-15 minit kami sampai di atas * dekat kincir angin .  ambil gambar bukan main banyak , tapi aku belum boleh upload lagi sebab belum ambil gambar-ii tu dengan zu . kalau dah dapat aku upload k .  lepas ambil gambar tu kami turun , snorkeling lagi . masih failed lagi . hahahaha . penakut kan aku ni ? ada gak yang cakap ,kau ni biar betul dari sabah ? takut air .. hahaha . aku mana la pernah snorkeling sebelum ni . ditambah lagi dengan dak pandai berenang , no komen laa kan . lepas tu kami balik untuk makan . dalam pukul 2 gitu kami naik bot ke pantai 3 ruang . di sini best ! banyak aktiviti & game . tapi ombak besar . takut aku . hahhaa . kecoh diorang hantar aku ke tepi . ujung-ujung kak mia tu lagi yang bawak aku dengan pelampungnya untuk tengok coral . sabo la kan . lepas snorkeling , ada makan-ii sikit . roti , tembikai & minum-ii ..

lepas tu ada game . 4 game , ada 5 group kalau dak silap . aku 1 group dengan en razak , hassan , akmal , miss elle & nadia,game pertama isi air dalam botol . ramai group main tipu . perah baju , life jacket dll . yang masuk mulut pun ada . kami pun salah satu group yang main tipu tu. hahaha . hujung-ii group 1 , group yang paling sikit air dalam botol yang menang ! hadoi , sakit hati . game ke 2 , bawak telur penyu . ni kelakar . aku dak sempat main coz en razak yang ganti aku .lepas tu game ke 3 , tali rafia dengan ring . sebelum main kena pusing 5 kali ,lepas tu  lari bawak tali tadi untuk ambil ring dengan sorang abang tu . pening aku lari , lepas tu terlanggar dengan zu & fahmi . hahaha . game ke 4 , belon air . kami kumpulan ke 2 yang terkeluar . belon pecah awal sangat . lepas tu kami pun balik ke penginapan untuk mandi & makan malam . masa makan malam tu ada bagi hadiah untuk pemenang game-ii tu .



ada lak yang menumpang dekat belakang tu kan :\

@ long beach , pulau perhentian 

teringat kampung halaman .. 

sekali-sekala jadi model orang pulau pun bolee la kan ? hahaha


aku , hassan , azah & nad .
 treking @long beach 
bersama pensyarah , puan hani & puan ina

gamee @ pulau 3 ruang

isi air dalam botol . 
semangat pulak aku menegok , sampai tertunduk-tunduk ..
hahaha 

pensyarah bawa telur penyu . 
encik aswad & miss elle :)

group 2 ! hehehe

encik razak semangat ! 
hahahaa



bersama penyu buatan . terbaikkk !

hari ketiga pukul 8 pagi dah siap sarapan & packing . kunci bilik pun dah di pulangkan . lepas tu naik bot ke jeti dalam sejam lebih gitu . sampai di jeti kami singgah di kedai souvenir . beli la sikit cenderakenangan dari pulau perhentian , singgah gak satu gerai jual keropok bakar kot . aku pun dak tau nama makanan tu .  lepas tu kami naik bas dalam 2 jam untuk pergi ke pasar payang . singgah jugak kedai lekor & satar ikan . di pasar payang beli asam mangga , beg . diorang beli gula kapas , serunding , dll . aku pun tak pasti apa lagi diorang beli .  apapun terengganu memey best ! 



bilik kami *103

dengan nadia :)

water colour resort @ pulau perhentian 
terbaekk 

bersama abey boat ( kot )
abe dari kelantan ni cakap dia pernah nampak orang muka macam aku di kelantan . aku pun semangat la kalau sebut pasal kelantan ni .. hahaha
abg tu ckp , pelandok duo supo kot ( pelanduk dua serupa kot )

bersama encik din & azah :)


pemandangan pantai dari resort kami :)
harap dapat datang sini lagi :')





@ bot . dah nak balek :'(


tandas di jeti kuala besut terbaik !!


haa , ni la keropok bakar yang aku cakap tu . murah & sedap :)



belikan untuk anak-anak buah .



saya di sini @ pasar payang , terengganu :)


we are @ pasar payang !
beli beg 1 . RM 16  saja :)



lepas shopping , ambil gambar duluu dengan zu :)


ada gambar lagi aku tambah dalam post ni . tapi belum ambil lagi . 
ok la , lain kali meracau lagi yaaa (~_^)