Sabtu, 4 Mei 2013

yeayy ! GUNUNG MUNTAHAK sudah ku tawan :3


hai semuaa ? apa khabar ? 
  
hari ni hari paling penat + sakit badan .. apa daknya , kolej ada buat ekspedisi ke Gunung Muntahak , Kota Tinggi , 2 hari 1 malam * 2 - 3 Mei 2013. 
Rancangan awalnya naik gunung Panti & Gunung Daguk , Kota Tinggi , tapi rancangan di ubah "last minutes" kot .. hehehe .. "abang guide tu cakap tak jadi naik gunung Panti sebab kurang bekalan air , tak ada air terjun , cuma ada air mata air kalau tak silap aku laa ..

kemarin * 2 mei 2013 , kami bertolak dari kolej & singgah sekejap di Homestay Kg Temenin *isi borang naik gunung & lepas tu , naik kereta lagi menuju ke Gunung Muntahak . dekat jak dengan Air Terjun Kota Tinggi * masuk ladang kelapa sawit . Baru start jalan , dah kena masuk sungai .. belum lagi daki gunung dah penat sebab jauh jalan masuk ke gunung tu . kena lalu ladang kelapa sawit lagi kan .. aku exited la sebab first time kan naik gunung *sebelum ni daki bukit & jungle trekking jak di tawau :3

lepas tu , start la perjalanan kami . ada satu port tu , dekat dengan sungai & memang kawasan perkemahan , kami berhenti rehat sekejap . pasang khemah & simpan beg yang berat dengan pelbagai isi * dalam beg aku ada sos cili , sos tomato & tepung gandum .. memang camping kali ni special sikit sebab makanannya sedap-ii . ada ayam , ada ikan , ada jemput-jemput , ada roti canai , ada teh tarik .. hahaha , special kan ? special tak special , sikit lagi patah bahu kami menggangkat semua benda tu ..  lepas dah , pasang 1 khemah & bawa barang yang patut * air , kami pun mulakan pendakian ke Gunung Muntahak . oyeahh :3

dalam perjalanan naik tu , ada beberapa kali rehat la , penat dowhh . jalan pun curam , banyak batu-ii licin .  ada laluan bertali , bukan 1 tapi memang banyak laluan bertali . belum lagi kena berjalan dalam sungai paras pinggang, jatuh atas batu dalam sungai tu jangan kira laa ..paut akar & dahan pokok , kalau tinggal sebulan dalam hutan tu , CONFIRM ! lepas ni aku dah layak memegang title "BINI TARZAN"  sebab banyak bergayut di pokok . tapi serius , memang best .. habis bekalan air mineral yang di kongsi beramai-ii dalam botol kecik comel , aku pun minum la air sungai yang mengalir tu . perhh , sedap jugak rasanya . macam air dalam peti sejuk .. hahaha .. dalam 20 ke 30 minit perjalanan tu , kami pun sampai jugak di puncak gunung Muntahak . yeayy ! tapi Gunung ni di kelilingi dengan gunung-ii yang lain , so , tak nampak la benda-ii di bawah sana .. naik satu hal , turun lagi lah banyak hal .. nasib baik la aku bukan jenis orang yang gayat & aku bersyukur aku tak la ada ketakutan yang melampau dengan sang pacat *sebenarnya aku jumpa dua pacat jak pun . pacat pertama di kaki si akmal , aku siap boleh sentuh pacat tu lagi . lembut jek badannya , comel :)
& yang ke 2 , dekat khemah , tu aku "halau" pakai selipar . lepas masak tu , kamu pun turun ke sungai . bermandi-mandaa . yuhhuuu .. lepas tu baru makan .. aku dapat "syif" jaga dari pukul 4-6 pagi . diorang ramai yang lambat tidur , aku awal-ii lagi masok khemah .. hehehe .. bangun pun lambat , dah pukul 4.30 lebih baru la terbangun . kejutkan nadia yang tidur di luar *teman dia g tandas kejap lepas tu duduk menghadap unggun api dengan nadia , dayat , amed , abe & hassan .. 

hari ke dua * hari ni , sarapan pagi kami ialah jemput-jemput , roti canai & sardin . ada jugak air teh susu & air limau . dalam pukul 10 pagi gitu semua dah siap sedia untuk pulang . kemas khemah & barang-ii .. dan berakhir lah ekspedisi ke Gunung Muntahak , Kota Tinggi :)


 
exited sebelum mulakan pendakian :D

aku , nad , nana :)

aku & azah :)




nad , buat apa tuuu ?


miera & nana ~

aku laa . takkan tak kenal -_-!
sebelum mendaki , pasang khemah & rehat sebentar :)


air terjun & tempat rehat ~

yeay ! dah sampai puncak Gunung Muntahak :D



aku & azah :)




pemandangan puncak :)

masa untuk turun Gunung !

banyak di bantu oleh orang atas tu *baju hitam *akmal & azah :)

sempat berendam sementara tunggu member & lecturer :)

tunggu member *terpisah dengan group sebab laju sangat turun gunung .


semangat !!

di temani lampu & unggun api ketika "syif" 4-6 pagi . 
hohoho ~

perjalanan balik !

barang-ii yang dibawa . 1 beg kecik pun boleh muat semua benda . 
champion tak ? -_-!

yeayyy ! dah sampai !!

ok la , ada masa aku tambah lagi gambar-ii ni . 
sekarang ni mau duduk pun susah , berdiri pun susah . sakit satu badan sebab mendaki , ditambah lagi dengan aku yang tiba-ii selesma nih . rimas tauu .. 
walaupun sakit badan + penat , aku rasa happy & exicted sebab dapat sampai ke puncak & turun gunung dengan jayanya :)

7 ulasan:

  1. @Kathy Rbain mahal la pakej daki gunung kinabalu !tp in sya Allah , suatu hari nanti :)

    BalasPadam
  2. Wasalam Amira.. tengok gambar pun dah rasa syok.. aktiviti macam nie memang terasa puasnya kan? mula2 nak panjat tu cuak jugak lah.. haha

    BalasPadam
  3. @Diari Si Froggie betul tu . mmg exited nk naik gunung , semangat bukan main . lepas tak boleh bergerak 3 hari . sakit badan . hehehe :3

    BalasPadam
  4. Hello I am xiu wen from singapore :D

    thank you for sharing!!

    My friends and i are interested to trek at gunung muntahak :D
    So i am doing some research :)

    May I know how many people went and how long u took to reach the submit?

    Thank you :))

    BalasPadam
  5. hello xiu wen :)

    terima kasih jgk sebab sudi jenguk blog saya :)

    saya pun tak pasti berapa orang pergi hari tu . tapi dalam 20 org . pensyarah ade 2 org . nak naik tu tak ambil masa sangat la , cuma nak masuk ke untuk mulakan pendakian tu ambil masa, sebab laluan masuk tu kena lalu ladang kelapa sawit . belum daki lagi dah "pancit" .tp laluan nak ke puncak tu memg mencabar walaupun gunung muntahak ni tak tinggi.

    BalasPadam
  6. maaf ye yang awak naik tu air terjun pelepah kiri dan puncak bukit pasir.. gunung muntahak jauh lagi dihadapan.

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..