TRIP Ke MELAKA *2 hari 1 malam :)


hyepp .. salam jumaat semua :)
belum lambat lagi kan untuk aku wish "selamat hari guru" untuk semua guru-guru di Malaysia terutamanya untuk cikgu di sekolah ku zaman kanak-kanak & zaman kegemilangan ku dulu .. ohok ohok *eh batuk pulak. dari tadika sampai la sekarang *Tadika Pasti Nurul Falah Kg Titingan , Tawau *SK Melodi , ( darjah 1 - dahjahanam darjah 6 * SMK Titingan Tawau (tingkatan 1 - 3) *SM Teknik ,Tawau & sekarang di Kolej Komuniti Kota Tinggi , Johor . Terima kasih buat semua cikgu - cikgu , guru - guru , pensyarah - pensyarah . SELAMAT HARI GURU  :)

ok , hari ni aku mau cerita pasal Trip ke Melaka (15 - 16 Mei 2013 * 2 hari 1 malam)
sebelum tu , 17 mei .. ada amali bantuan kecemasan *CPR , ikatan & balutan .. 
ikatan & balutan senang . setakat ikatan buku silaa tu , celah gigi weyy ! *ayat berlagak . tapi yang buat CPR yang lemah .. kesian si anne * patung untuk cpr tu .. mula-ii ok . lepas tu buat hembusan tu yang gagal .. tak naik langsung dada patung tu .. hahaha .. tekanan pun ok la .. harap-ii lulus amali bantuan kecemasan :)

ok , berbalik pada cerita Melaka , kami bertolak jam 5.30 pagi dari kolej .. mengantuk !! tak da tidur , terus buat komentar dalam bas & tempat lawatan  . aku membebel pasal kelapa sawit , pasal melaka & balik pulak cerita pasal planetarium & mini malaysia . ntah hapaa yang aku cakap dalam bas tu .
 singgah R&R machap untuk sarapan pagi . lepas tu terus bertolak ke Bandar Hilir , Melaka . Dalam pukul 10 tu dah sampai Bandar Hilir untuk buat Heritage walk di Pancuran air Ratu Victoria , Bangunan Stadhuys ,st. Pauls , A Famosa & Jonker Walk . Jonker Walk ni best ! banyak barang-ii di jual di situ . tapi kami datang pagi , panas terik , banyak kedai tutup pulak tu .
 lepas tu singgah dekat gerai jual cendol seberang jalan Bangunan Stadhuys tu . dengar nya , gerai tu pernah masuk jalan-jalan cari makan . lepas tu makan tengahari di Asam Pedas selera kampung . pertama kali aku rasa asam pedas , sedap jugak laa .. 
Lepas tu kami teruskan aktiviti di Perkampungan portugis , tapi lalu jak la . dak turun bas pun . next , kami singgah di Masjid Selat untuk solat zohor . perhh, masjid tepi pantai . cantiknya , Subahanallah .  petang tu dalam pukul 3 , kami sampai di Wildlife theatre , Melaka .. waa , di sini paling best .. ada haiwan-haiwan buat pertunjukan . aku dapat pegang ularrr .. yeayy ! 
 lepas keluar dari wildlife theathre tu kami dapat tau yang coach kami rosak .. nasib baik la ada encik zainal , coach captain yang berpengalaman . dalam setengah jam dah ada coach lain sampai . sebenarnya kami dah cuak tu , takut pn yan marah , tapi tu kan bukan dalam rancangan . nasib baik la tak kena marah .. 
lepas coach lain dah sampai * FD GEMILANG jugak , kami pergi ke Coconut Shake Pantai Klebang . SEDAPNYAAAA ! coconut shake ni sebenarnya air kelapa & isi buah kelapa yang di blend lepas tu di campur dengan ice cream vanila .. sedappp . harganya pun murah , RM 2.50  .. lepas minum petang sepatutnya kami pegi check in di penginapan *homestay bandar warisan , tapi ikut suara ramai la kan , buat akitiviti lepas tu baru check in . lepas minum petang , kami menuju ke restoran untuk makan malam . hahaha , ''memantokk" jak kerja kami kan ? hahahaha . kami makan di EE JI BAN CHIKEN RICE BALL . ha , tempat ni Iqram Dinzly dah pergi tau dalam jalan-jalan cari makan . lain dari yang lain tapi yang penting SEDAP ! 
& aktiviti malam kami menyusuri sungai Melaka dengan menaiki river cruise .. best ! cantik la pemandangan dari cruise , lampu-lampu , perkampungan , muzium hidup dll .. dalam pukul 8.00 tu kami dah check in ke homestay * walaupun dalam itenerari pukul 10 baru akitivit tamat .

Hari ke 2 , lepas check out , kami sarapan pagi di Ikan Bakar Malim , Hari ke dua ni akitiviti semua di sekitar ayer keroh .  makanan di Ikan Bakar Malim ni sedap-ii tau . nasi lemak sedap , roti canai sedap , air teh o nya pun sedap . cadangnya kami mau makan tengahari di situ gak tapi di cancel . Lepas tu kami punya lawatan ke planetarium Melaka . haa , siapa minat sains , astronomi , sistem solar , planet-ii , angkasa dll bole datang ke tempat ni . lepas pegi planetarium , pensyarah ubah rancangan . sepatutnya pergi ke zoo Melaka , tapi ditukar . kami pergi ke Mini Malaysia . Mini Malaysia ni mempamerkan rumah-ii tradisional etnik -ii di Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah . ala-ii muzium hidup laa . lenguh jugak kaki berjalan ditambah lagi kami pergi tu masa matahari tengah tegak di kepala .. hmm , memang best la . hehehe . ha , kami pun makan tengah hari di kawasan Mini Malaysia . makanaanya sedap-ii doee .. nasi ayan pun sedap bukan main . ada jugak la aku beli cenderakenangan untuk anak-ii buah ku ni .. * keychain jak pun .. 
lepas tu kami bergerak balik ke kolej komuniti kota Tinggi . sebelum tu , singgah di R & R Pagoh untuk solat zohor & beli jajan-ii . hahahaa :3

coach setiap kali trip  !! FD GEMILANG 
JNJ 7OOO 
coach captain : encik zainal , 25 tahun pengalaman :)

dari lensa henpon saya : beca 

pancuran air Ratu victoria & Bangunan Stadhuys

di hadapan hard rock cafe .
 jonker street / jonker walk
jalan terussss ~

pemandangan dari bukit st pauls 

keadaan di Gereja st Paul 

aku hanya penghibur jalanan *lalalaaa ~

alamak , gelap ! tak nampak pulak muka aku ..

hello , i'm here 
@ WILDLIFE THEATRE MELAKA 

burung kakak tua .. 
dia siap boleh berhello-ii , gelak-gelak jahat lagi ..

ularrrr ! yeay , love it .
 yang besar tu beratnya 22 kg kalau tak silap aku . 
aku dapat pegang jak , tapi tak dapat ambil gambar dengan yang besar nih .. 
sedihhh :(

haa , dapat pun aku pegang ular ! walaupun first time pegang & jumpa ular depan mata tapi tak rasa takut pulak . jinak seyhh ular nih .. * dah macam shawl pula kan ?

akmal with ular & spesis "cicak"
kakak tu suruh aku pegang haiwan macam cicak tu , eh memang TAK  la kan ..
ada member cakap , pegang ular berani , pegang cicak takut .. hahaha 
bukan takut k , geli laa  dengan cicak ..

persembahan singa laut :)

tarian apa ntah . tarian "bambu'' kot ..
encik razak & akmal . 
*ok abang yang seksi depan tu hensem !

aku pun kena jugak ! ni sebab kena paksaaaa .. grrr . 
miera punya pasal la cakap aku satu kampung *sabah* dengan abg hensem tu . aku ingatkan tu tarian sarawak , rupanya tarian sabah jugak *mungkin la . sebab abang tu  ckp bahasa sabah . dia ckp jgk satu kampung . lagipun puan yan dah sound-ii aku & abg tu pun dah suruh , so untuk tidak menghampakan diorang , aku pun buat laa .. hahahhaa .. ayat sengal kan ?? yang di belakang aku tu nana , terorr ! macam berpengalaman :)
last-ii aku pun terjebak dalam "tarian bambu" nih ..

coconut shake .. SEDAPNYAAAAA !
isi kelapa blended + aiskrim vanilaaaa ..
nyum-nyummmm :'D


bebola nasi ayam . dah masuk jalan-ii cari makan nihh ..
SEDAP !




@ river cruise Melaka :)

yooo , i'm hereee :)
@ Melaka Planetarium ~



teleskop hubble 

suasana di dalam Planetarium Melaka :)

di dalam "teater" planetarium 
3D woo , rasa macam kena hempap Bumi , macam sampai di angkasa lepas !
besttt !

Mini Malaysia 
mempamerkan 13 rumah tradisional entik di Malaysia
PERLIS hingga ke Sabah :)







ok laa , setakat ni duluuu , isnin malam , pukul 12 TENGAH MALAM / PAGI  kena berkumpul di kolej sebab ada trip ke KL , PUTRAJAYA 7 SHAH ALAM * 3 hari 2 malam . doakan semua berjalan dengan lancarr tau :) 



2 ulasan:

  1. wah..sedapnyer kan?nanti kita try lagi ye?mau juga di try tempat JJCM ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap ! makanan di melaka memang sedap -sedap . rugi dak cuba , lgipun harga nya berpatutan , hrga standard la kiranya .. ahaaa , nnt p melaka bwk aku sekali tau .. hehehe

      Padam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..