selamat hari ibu :')


Ibu bergenang air mataku 
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



khas untuk seorang wanita bermahkota ibu , ibu yang ku panggil "mak" 
 insan yang bernama SANIAH RUTUS nun jauh di sana ,
"walau raga kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat"
& semua kakak-ii ku yg bergelar ibu Sarialiah Arbain , Atiqah Arbain & Ajibah Arbain * yg ada baby baru ,
SELAMAT HARI IBU aku ucapkan . jasa & pengorbanan semua ibu-ibu di dunia takkan dapat di balas :')

mak *SANIAH RUTUS 



with mak :)


bapa & mak :)



6 ulasan:

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..