Rabu, 29 Mei 2013

hey , lama dak update  blog. buzyyyy ! dari hari tu lagi aku mau update , dak jugak dapat . banyak trip , assignment , dekat final exam lagi . 4 & 5 jun ni ada  JB tour & final exam . fuhhh , habis laa . ada pak sheikh , ada puan yan .. gulppp ! risau gua . lepas tu , ada kena pegi Melaka lagi *3 hari 2 malam , tanggal 7 jun (jumaat) sampai la hari ahad . aku pun dak pasti buat apa pagi sana sebab baru jak trip ke Melaka hari tu .
lepas ke Melaka , kami pegi Terengganu . macam bercuti la kiranya . 1 kolej pergi dengan pensyarah , student , ex student dll . yeayy ! rasa dak sabar pulak ,tapi yang aku takut ni final exam . exam slide & komentari dalam bas . risauuu :'|

bermulalah kisah panajng berjela malam ni ~
*hahaha , ada aku kesah ?

aku mau cerita ni pasal trip ke KL , SHAH ALAM & PUTRAJAYA . 21 Mei - 23 Mei 2013 , isnin yang lepas-lepas . bukan 3 hari 2 malam , tapi 3 hari 3 malam yang lebih tepat . malam pertama tu tidur dalam bas .  hehehe . kami berkumpul di kolej pukul 12 malam & bertolak dekat pukul 1 pagi *21 mei . ada TG jugak . encik Firdaus . lepas tu , kami sampai di R&R  seremban dalam pukul 4 lebih , abang captain tu bawak bas kaju sangat . dalam pukul 5 lebih , kami turun untuk untuk mandi , solat & sarapan . pukul 7 pagi , kami dah start perjalanan ke Kuala Lumpur . ada sedikit "macet" , maklumlah waktu-ii puncak .

hari pertama kami di Kuala Lumpur , 2nd day ke Shah Alam , 3rd di Putrajaya .
di KL , lawatan pertama di Dataran kemerdekaan , berdepan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad . tapi masa tu ada renovation . so , tak cantik la . kalau dak silap aku la , ada "citrawarna" kot .
lepas tu kami gerak ke Galeri Kuala Lumpur , kalau sampai di sini sebenarnya dak payah buat heritage walk , sebab dah lengkap maklumat . tapi kami buat jugak heritage walk sampai la ke pasar seni . di pasar seni tu sempat jugak la member-ii beli barang-ii . 15 minit jak kot masa yang di bagi .
lepas tu kami pergi ke KL  Tower & Istana Negara Lama . BEST !
KL Tower tu kami naik di Obsevation deck , dapat la melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur .Istana Negara Lama ni pulak sekarang dah jadi muzium Diraja . di dalam tu tak boleh ambil gambar tau ! Istana Negara yang baru di Jalan Duta , tapi kami tak pegi pun .. Lepas dah lawat Istana Lama , kami pun berjalan kaki ke belakang Istana untuk makan tengah hari . naik bukit .makan di ikan bakar Ballemy . penat , tapi lapar punya pasal aku gagahi jua.
Dah makan , sepatutnya check in hotel di Brisdale Hotel *area chow kit road , tapi ubah sikit intenerari , kami habiskan akitviti dulu lepas tu baru check in . kami pegi zoo negara , tapi bayarannya , mak oi ! mahal .. lagipun cuaca dak mengizinkan , so kami pun balik . masuk bilik , aku rehat , member dah pegi mandi kolam dengan pensyarah . aku tak larat . so , tinggal lah aku sorang-ii . boleh la mandi lama-ii . hehehe . 
dah siap , dah rehat , kami pun pegi laa berjalan kaki untuk makan malam di kampung baru . perhhhh , jauhhh restorannya . tapi demi makan , aku relaaaaa . aku tak tau nama kedainya , tapi memang terbaik laa . restorannya full house . ada kerang bakar segala bagai . ada kerabu maggi la , belum lagi pencuci mulut pulut mangga .. ohh , nikmatnya .. hahaha .. lepas tu kami pun pulang ke hotel .

bangunan sultan Abdul Samad tengah renovate :'|

KAMI  *mieya , miera, suha , nana :)

@KL GALERI





shah jadi TG 
pertemuan dua sungai . sungai Gombak dan sungai Klang.
di tengah-iinya masjid Jamek

miss Elle @ KL TOWER

@pasar seni / central market

pemandangan dari atas observation deck @ KL TOWER

wah ! indahnya bandaraya Kuala Lumpur .

Malaysia cultural Village @ kL Tower



@ istana lama / muzium diraja di jalan Istana


TG tu tanya aku , kenapa mulu di panggil penceroboh ? 
hahaha , agak-ii apa aku jawab ?



muka-muka kelaparan . naik bukit baru jumpa kedai makan .
hahaha .

dah nak balik !


zoo negara :D

KLCC
senget lak aku ambil gambar ni .
 tapi cantik kan bulan tu ? 


bilik kami berempat @ hotel Brisdale , KL .


pemandangan dari bilik hotel tingkat 14
siang & malam :)


hari ke 2 , kami pergi ke Shah Alam . sarapan di hotel .. sedap la kan :)
dalam itenerari sehari suntuk dalam i-city shah alam , dari pagi sampai petang , so , TG bawak kami pegi melawat masjid biru / masjid shah Alam / Masjid Sultan Salahuddin . Kubah masjid ni masjid kedua terbesar di dunia . kami pun masuk la kedalam masjid ni .. kagum + bangga dapat masuk masjid ni :)
lepas tu kami buat la shah Alam tour . singgah jugak di stadium shah Alam , semangat aku ! hehehe . lepas tu kami pun pergi la di I-city Shah Alam . mula-mula pegi ke snow walk .. best ! macam di luar negara . salji tuu .. lepas tu kami masuk di i-city trick art museum & last kami masuk di taman tema air i-city . semua jenis gelongsor aku cuba . ada yang naik sampai dua kali . dah la tak pandai berenang . hahaha . apapun , aktiviti di shah Alam ni BEST ! dari pagi sampai ke petang . lepas tu kami makan malam di Nasi Arab di seksyen 7 , shah Alam . aku cuba gak air teh arab . boleh laa jugak aku telan . lepas tu kami pegi petaling street / china town & naik komuter gi KLCC . sempat lagi beli jam dekat petaling street .sama dengan nana & suha .


ha , nampak tak lampu candelier tu ? betul ka aku punya ejaan tu ?
haaa , tu hadiah dari sultan selangor tau . ada 4 lampu kesemuanya.



@masjid sultan Salahuddin / masjid biru Shah Alam


we are here @ STADIUM SHAH ALAM :)
oyeahh ohyeahh !


dengan azam .






main gelongsor ais lagi . hahaha :D

beratur tunggu giliran ..

yuhuuuuu . 




bersama pensyarah & miera :)


@trick art museum i-city shah Alam







@i- city water park

untuk masuk water park & locker

yeay ! sama kan jam kami ? heheee

hari ke 3 kami ke Putrajaya . di sini kami buat Putrajaya tour di Tasik Putrajaya , Jambatan Perdana , Perdana Putra , Masjid Putra . singgah jugak di Beryl's chocolate . dapat jugak merasa coklat percuma . coklat perisa durian , perisa cili , ntah berapa jenis perisa coklat aku telan sampai sakit tekak .
 kami buat tour di tasik putrajaya naik "dondang sayang" . best ! macam river cruise melaka jugak , tapi tasik putrajaya ni lagi besar la kan ? dalam 45 minit la perjalanan pulang balik nya . kami makan tengah hari di alamanda putrajaya . makan kfc la . tu la harga paling standard kan ?
lepas tu kami pergi ke masjid besi / masjid sultan Mizan Zainal Abidin untuk lawatan & solat zohor . lepas tu kami pergi ke fesitval belia Putrajaya . ternampak gak kelibat artis macam raja farah , iqram dinzly , cat farish dll . tapi sempat ambil gambar dengan raja farah jak . 


tunggu "turn" naik dondang sayang :)





with suha :)
naik perahu dondang sayang :)










@ masjid Putra , Putrajaya 

@masjid besi / Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

dari dalam masjid besi 


di hadapan istana kehakiman ada festival belia 2013 .

bersama Raja Farah :)

haa , panjang gila cerita aku pasal trip . lepas dari festival belia tu aku dak ikut balik johor coz aku dapat pelepasan untuk stay di klang . puan su 7 adik dia yang hantar aku gi KTM komuter . dari situ naik komuter sendiri sampai KL central , dari KL central ke Telok gadong . then , gba ambil aku . jumpa mak bapa & anak-ii buah . c adam pun jumpa jugak .. hehe . & masa round-ii aeon bukit tinggi rupanya ada pelakon adam hawa & cerita-ii aisya sofea *aisya sofea pun ada . tapi tak sempat ambil gambar laa . masa kami datang tu artisnya belum datang lagi , ada aaron aziz , adi putra dll . yang paling penting aku dah jumpa buku yang aku idam-idamkan . JONI TOGO #rangkaian momok di popular bukit tinggi . yeayyy ! semangat , walaupun kopak , aku beli jugak buku tu .. harga rm 29.90 tapi masa tu ada diskaun dapat rm 21 . happyy :)

mimi , fizi , danish


bersama adam :)

buku idaman ku dari darjah 5 . umur 19 tahun baru dapat beli .
hahaha :B

balik hari khamis sebenarnya , jumaat cuti sempena wesak & aku pandai-ii ambil cuti hari isnin tu .. apa daknya isnin baru naik bas dari shah alam ke larkin . dari pukul 9.30 pagi , 3 lebih baru sampai larkin . dari larkin naik bas ke kota tinggi sampai kota jam 6 lebih . penat tau !! ok laa , aku belum hafal komentar untuk esok , lain kali aku sambung . chowww , peace yoo .. hehe :)