Khamis, 25 April 2013

KURSUS DI ISKANDAR MALAYSIA & NUSAJAYA :)

hai semua .. apa khabar ??? selamat malam jumaat semua :)

haa , dalam post yang lepas aku banyak cerita pasal trip kan .. 23-24 april 2013 ada kursus pasal tempat lawatan / pelancongan yang baru di Johor * di Iskandar Malaysia  *Nusajaya . serius aku happy dengan kursus 2 hari 1 malam ni .. banyak pengisian , ilmu yang aku dapat .. aku bangun pagi pukul 3.40 pagi semata-mata untuk seterika tudung & baju *sebab pukul 5 pagi dah kena ada di kolej .. hmm , satu kelas join , ada jugak dari pp3 *zu , nadia , mira & hassan .. kena sampai di Danga Bay pukul 7 pagi .. so , gerak awal la dari kolej .. sampai di sana , aku dah nampak ramai Tour Guide di sana . kami naik ke kota iskandar dengan TG yang yang lain . kami naik bas yang ke 2 * memang ada 2 bas jak pun sebenarnya . 

sampai di Kota Iskandar *di Bangunan Sultan Ismail , ada pendaftaran masuk , lepas tu ada makan-ii sikit la * makan banyak sebenarnya . hari pertama semua akitivti di dalam dewan bangunan Sultan Ismail . banyak penerangan la kiranya , kadang-kadang aku tertidur jugak .. hehehe .. apa daknya , banyak kali makan .. pagi jam 8 , sarapan ... jam 10 , makan lagi .. jam 12 makan tengah hari . jam 2/3 ptg makan lagi . jam 7.30 ptg makan malam .. memang melantak jak kerja ku .. hehehe ..makanannya sedap-ii .. hari pertama ada 6 sesi . 

sesi pertama : taklimat pembangunan ekonomi negeri Johor 
sesi kedua : taklimat Dewan Negeri Johor
sesi ketiga : taklimat Iskandar Regional Development Authority
sesi keempat : taklimat Iskandar Investment Berhad
sesi ke lima : Bangunan Sultan Iskandar Script Tour *ni yang best !
sesi ke enam : taklimat Limaspuri Melayu Johor .
sesi ke 5 tu yang best ! sebab dia *encik Rashid , ceritakan tentang Kota Iskandar , sejarah pembinaan dll .. dapat banyak info pasal negeri Johor ni :)
dalam pukul 9.15 malam , sesi hari pertama dah habis .. kami pun bermalam di hotel Golden Leaf Hotel .. selesa la , luas pulak tu .. 
haaa , lupa pulak mau bagitau , kami di bagi assignment oleh lecturer supaya interview TG -ii yang ramai tu .. sekurang-iinya interview seorang satu .. makan pun kena bercampur dengan TG senior ni .. hmm , aku dapat interview dua orang TG .. yang pertama Puan Noorazimah bte Jani , 15 tahun dah jadi TG & full time TG ..  Yang ke 2 , aku interview Encik Mohd Tahir b. Jaafar .. dah 3 tahun jadi TG & TG sebagai kerja part time .seronok berbual & dengar pengalaman en tahir ni jadi TG sampai tak sedar masa dah habis . Sebab soalan belum habis , aku interview lagi hari ke 2 .. dia pun bagi kad nya . 

Hari ke 2 , bangun pukul 6.30 pagi .. lepas tu check out hotel . berkumpul lagi Danga Bay untuk naik bas ke Kota Iskandar . lepas tu , sarapan di Bangunan Sultan Ismail . masa sarapan pagi , aku sempat lagi sambung interview dengan en Tahir .. seronok dengar cerita TG ni .. hari kedua ni memang banyak lawatan . kurang duduk dalam dewan , tapi lawatan pertama kami semua di dalam Bangunan Sultan Iskandar . kami pergi ke DEWAN NEGERI JOHOR . memang tak sangka dapat masuk dalam tu . bangga pun ada jugak sebab bukan semua dapat masuk kan ?? lepas tu , kami semua naik bas menuju ke visitor information centre Dataran Mahkota , Kota Iskandar. lepas tu , ada buat BUS TOUR di Nusajaya (SILC . MEDINI , HORIZON HILL & PUTERI HARBOUR ) . Lepas tu , kami pergi di tapak projek Tanjung Pelepas . ada taklimat & kami di bawa masuk ke tapak Pelabuhan Tanjung Pelepas . Tour yang terakhir , kami pergi ke EDUCITY *Newcastle University . memang mahal doee yurannya . RM 100 ,000 setahun kalau tak silap aku . tapi suasana memang kondusif & selesa laa .. Dan balik lagi ke Bangunan Sultan Ismail .. minum petang & masuk ke dalam dewan sebab ada test *soalan nya memang terbaik la .. dalam bahasa inggeris pulak tu .. tapi sesi penutupan tak sempat sebab kekangan masa . sepatutnya dalam pukul 7 tu dah habis dah , tapi lambat sikit jawab soalan tu . terpaksa la di tunda hari penutupannya . TG-ii semua *31 orang kalau tak silap , di beri lesen Pemandu pelancong setempat di Nusajaya .. jeles pun ada jugak .. hekhek .. selain dari dua TG *puan Noorazimah & en Tahir , aku ada jugak berbual dengan en Mutalib yang sudah 30 tahun dalam bidang pemanduan pelancongan ... dia bagi no telefon jugak .. dia cakap , call bila-ii masa pun bole . selain tu aku interview jugak Haji Sulaiman , dah 20 tahun jadi TG . memang senior , legend-ii ni peramah .. 

ni aku mau upload gambar-ii di sana .. jap ehh ..

intenerari kursus :)

Bangunan Sultan Ismail 

di hadapan Bangunan Sultan Ismail , Bangunan Dato Jaafar Mohammad 
menteri besar Johor yang pertama .


GAMBAR DI BAWAH : DI DALAM GALERI BANGUNAN SULTAN ISMAIL





baju Sultan 



HARI KE 2 :
di dalam DEWAN NEGERI JOHOR 

aku sempat lagi posing dalam Dewan Negeri Johor .
 bukan semua orang boleh masuk tauu :)

nampak tak dua pintu masuk tu ? ha , pintu tu hanya boleh di lalui oleh Sultan & speaker sahaja . 
menteri besar , kerajaan persekutuan pun akan lalui pintu lain . tapi memandangkan kami spesial , dapat la masuk dari pintu tu . bangga akuu .. hehehe 

ucapan dari encik Shahir 

nampak tak kerusi biru tu ? haa , tu kerusi untuk Sultan sahaja . saiz kerusi tu betul-ii mengikut saiz & kelesaan sultan .. 

kerusi ni untuk speaker .





pemandangan di dalam Dewan Negeri Johor .

duduk di krusi no 10 :)

tempat yang kami duduk ni adalah kerusi untuk ketua jabatan / ketua pusat


di Puteri  Harbour






makan time ! di Restoran Saujana .. seafood tuhh .. nyum-nyum :D







di Pelabuhan Tanjung Pelepas .


yeay ! @ Newcastle University Medicine Malaysia :)








puan su posingg ! :)

DI DALAM DEWAN *tempat ambil test :)

hello , i'm here :)


en Mutalib (30 tahun pengalaman jadi TG )& en  Haji Sulaiman (20 tahun pengalaman)

baju biru  tu Encik Tahir .. 

\
encik Shahir & encik Rashid


Tour Guide jawab test :D

haa , gambar di sebelah kanan *atas* tu gambar puan Noorazimah dgn aku la . 15 tahun pengalaman jadi TG & full time TG .

gembira sebab terpilih mengikuti kursus ni .. memang pengalaman berharga ! ni la antara kursus yang paling best yang pernah aku join .. selain dapat luangkan masa dengan kawan-ii , dapat jugak aku kenal dengan TG yang ada di Johor ni .. selain tu , aku dapat lawat & kenal negeri Johor Darul Ta'zim . Tempat yang di lawat pun bukan semua orang dapat pergi .. happyy :D


ok , cerita kali ni panjang sangat .isnin ni aku pergi mesra malaysia :)
 kalau ada tour & cerita best aku update lagi yaa ~
byee , asalamualaikum :)

7 ulasan:

  1. hebat..aku yang dah lama duk sini pun tak pernah sampai lagi kat sini..

    BalasPadam
  2. @Kathy Rbain hehehehe .. alhamdulilah .. berpeluang tengok tempat orang :)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. waah .. best nya you ! haha , nak kos macm you gak la .. :P

    BalasPadam
  5. @Masnina Badar ehek ehek .. boleh bah kalau you .. ni blm lg ni .. ada bnyk lg tour n trip . jgn jeles keyh . heheheh :p

    BalasPadam
  6. cik akak tak pernah gi lagi tempat nie..huhu...cian kan..hihi..nanti cik akak follow adik balik...sekarang line cik akak tak berapa elok

    BalasPadam
  7. @Nao Mei oo , akak dok johor eh ?? ada masa follow la .. hehee :3

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..