makanan yang popular di tawau , sabah :)

salam mesra , dan salam satu malaysia . hai saya , amira arbain dari I.C.E. tour and travel agency . anda boleh memanggil saya mira ataupun mieya . baiklah tuan-tuan dan puan-puan saya telah dilantik menjadi pemandu pelancong anda selama 3 hari dua malam . sebelum itu , saya ucap selamat datang ke sabah . terima kasih jugak kerana memilih tawau , sabah sebagai destinasi peloncongan anda . 
HA HA HA HA  . lebih lebih pulak aku ni kan . ada pulak meet and greet di sini . rasa macam dalam kelas pulak . mentang-mentang la kan esok kelas da start , tu laa practise tuh . practise laa sangat kan :P
 macam yang aku cakap tadi laa aku mau update makanan di tawau . alaa , aku kan dah genap sebulan di sini ( kota tinggi ) jadi rasa rindu laa jugak kan dengan makanan dan minuman yang top , popular lagi HOT seantero tawau  . cehhh , ayat tuuu , macam karangan pun ada . 

yang pertama , jeng jeng jeng ..

haa , ni NASI GORENG LALAP dengan NASI LALAP . gambar atas di gambar masa berbuka puasa di gerai biru @ atap biru tepi laut . tu laa macam berhambur tu . kelam kabut dorang masak , banyak pelanggan la katakan , sampai gelas pun habis . lakuu gituu . dekat sak dengan highway tu . memang feel kalau makan di situ . suda la makanannya sedap , angin laut lagi bertiup lembut ( bertiup kencang sebenarnya ) . dengan suasana senja lagi , perghh , ROMANTIK youu , awww :*
ko jangan mau senja-ii sangat la , dekat suda tu gerai biru tu dengan masjid al khausar  , bole suda p solat maghrib . HAHAHA .. haa , nama nasi lalap ni aku pun dari mana datangnya , maksudnya pun aku ndak pasti . kalau rajin nanti kamu search laa di google pasal sejarah nama nasi lalap ni yaa . mana la tau ada yang tertanya-tanya maksud @ sejarah di sebalik nama nasi ni . 
Harga biasanya kalau nasi goreng lalap RM 5.50 ke RM 6  ( tengok gerai jgk la ) 
kalau nasi lalap , murah sikit laa , sebab nasi kosong jak kan , harganya RM 5.00 .



ni pulak NASI GONDRONG . makanan ni memang pedasss . kalau yang suka pedas , try laa nasi gondorong ni . pertama kali dengar mesti pelik kan ? sebenarnya "gondrong" ni maksudnya "panjang"  . kalau dak silap , perkataan gondrong ni dari indon . hmm , biasanya "gondrong" di guna untuk rambut lelaki . contoh : ee , gondrong rambutnya . hahaha , ada contoh ayat lagi kan . macam belajar BM . apa kena mengena "gondrong" dengan nama nasi ni pun aku nda tau jugak . harganya dalam RM 5. - RM 5.50 .




ni NASI KUNING  . kalau dalam daun pisang tu lagi sedap . ada aroma-ii daun pisang tu yang buat rasanya lagi sedap . ada nasi kuning ikan , ayam , dan telur . nasi kuning ni tinggalkan banyak kenangan la . masa aku kecik -ii , ni la aku punya sarapan hari-ii . mak aku bisnes nasi kuning ni , bapa aku jual ( jaja nasi kuning , mak yang masak )  haa , kiranya mak aku paling teror la kalau bab-ii nasi kuning nih . ada masa aku belajar tau . nasi kuning ni di masak dengan santan n kunyit . lauknya tu ikan masak bumbubali / ayam / telur rebus . ikut seleraa laa ya . biasanya orang tawau makan nasi kuning ni masa sarapan . harganya dak tetap . dalam RM 1 - 3.50 la yang paling mahal . yang mahal (rm 3.50) tu di restoran la biasanya . biasanya dijual dalam daun pisang . tengok penjual laa . kalau masa tu senang mau cari daun pisang , ok la . daun pisang di tawau ni bermusim , macam musim buah jugak . H A H A H A . kalau dak , di dalam tapau jak la . dalam plastik pun adaa . 




ni pulak GADO - GADO . semua orang tau , tapi rasanya nda sama macam "tawau style" . amboi , kalau aku ni tawau punya makanan paling sedap . tak kan sama dengan mana-ii punya makanan . biasa laa , lidah tawau kan ? dalamnya ada telur rebus , sayur-ii ( kangkung , kacang panjang , tauge yg dicelur ) , tauhu , nasi impit , kuah kacang n last sekali keropok-ii tu la . kalau mau buat tambahan sendiri pun bole . mengikut kreativiti laa kan ? harga pun dak tetap jugak . kalau gerai murah laa . dari RM 2 -  RM 4.50  .




kalau tengok pun tau suda . orang panggil nasi campur tapi kalau kami panggil ( mungkin ada jugak orang tawau nda tau gelaran ni ) kami panggil NASI TOUCH SCREEN . kenapa ? hahaa , kalau pelayannya tanya mau makan apa , kita tunjuk jak makanan tu dari luar kaca  ( macam touch screen la kunuk ), pelayannya tu yang ambilkan makanan untuk kita . haa , kamu faham kenapa di panggil touch screen ? kalau nda faham , ndak apa laa . hahaha . makanan ni boleh cari di atas central market tawau @ di atas pasar gantung . sebelah bawahnya ada kong fah , berdepan dengan servay/parkwel . harganya memang berpatutan . nasi kosong dengan 3 lauk pilihan harganya cuma RM 3.50 saja . di iringi dengan sup , dan air kosong free :)



ni pulak NASI BAMBONG . bambong ? apa tuu ? haa , kalau mau tau "bambong" ni maksudnya penganggur .  nasi bambong ni tentunya ada nasi  , tempe , lauk pilihan anda ( ikan / telur / ayam ) dengan sup dan air kosong free . ok , lokasinya di taman sabindo ataupun lebih sinonim dengan panggilan "taman tikus" . memang nama tempatnya agak thriller di situ . hahaha . nama tempat jak pun . jangan takut mau makan ok . gerai ni memang tertapok ( tersembunyi ) sikit . di belakang rombengan ( bundle ) di taman sabindo tu . HARGANYA memang MURAHHH  ! kalau nasi bambong ikan / telur harganya cuma RM 1.50  , kalau nasi bambong ayam harganya hanya RM 2.50 . murah kan ? di sebabkan murah dan mengenyangkan , gerai ni sentiasa ramai dengan pelanggan . so , kalau gerai ni , x bole la lepak lama-ii , kena tolak ansur la kan sebab terpaksa berkongsi meja .



ni pulak , BAKSO  . addoi , rindunya mau makan .. lebih kurang macam sup jugak la .
 antara kandungannya ialah mihun / mee kuning , ayam , telur rebus n pentolan (bebola daging)
dak lupa jugak kuahnya la kan . makanan ni murah jak ( kalau di kampung aku di kg titingan atau lebih femes dgn nama ICE BOX  ) RM 2 jak . kalau di bandar , mahal sikit laa kot . 




ni pulak menu wajib orang sabah , tawau terutamanya pada hari raya . BURAS ataupun BURASAK . 
beras ni di masak dengan santan separuh masak . lepas tu di bungkus dengan daun pisang n di ikat dengan tali rafia ataupun tali-ii yang sesuai laa kan .




ni pulak BEROBBOK . mungkin ni bahasa bugis . dia lebih kurang bubur ayam . memang sedap !!
antara bahan-ii nya beras , ayam , jagung , bayam ,bawang , lada putih , masako ( penambah perisa ) , cara buat tu macam buat bubur jugak laa . ni aku dak tau jual di mana . aku pernah makan di rumah member jak .




MARTABAK JAWA . lain daripada tempat lain . sedappp ! bahan-ii ada sayur campur ,  daging cincang , telur , bawang besar . di makan panas-ii dengan sambal kicapnya . addoi , sedapnyaaa . update blog sambil telan liur . harganya hanya RM 2.50 sajaa . boleh dapat di kong fah fah tawau . 






ni pulak SAYAP AYAM  tawau . kalau makan , macam dak bole stop . memang sedap . pun bole dapat di kong fah tawau . harganya RM 1.70 Seketul , RM 5  untuk 3 ketul .  aku last makan benda ni tanggal 16 januari 2013 . sehari sebelum aku bertolak ke johor hari tu . kalau datang tawau , mesti try semua ni ..




ni pulak SANGGAR CHEESE . "sanggar" ni membawa maksud pisang goreng . memang bahasa tawau ni lain-ii sikit . hehehe . sanggar ni di goreng macam biasa tapi diletakkan keju di atasnya . ada juga yang letak keju + coklat . memang sedap . aku pernah makan sanggar cheese ni di area fajar harganya RM 2 untuk 7 keping pisang ni . yang aku makan hari tu dia letak cheese n campur di tabur dengan milo . memang layan la . sodapp !



ni pulak SANGGAR PAPPEK . namanya memang lain sikit . masih lain macam lagi walaupun aku dah ubah namanya . hehehe . hidangan ni biasanya orang bugis la yang buat . aku pun dah lama dak makan sanggar ni .  lepas jak pisang ni di goreng , lepas tu di penyekkan . di makan dengan sambal belacan yang pedas n sedap . memang lain dari pisang goreng yang biasa kita makan tu . ada restoran yang jual dekat kfc empire . sebelah kfc tu la kedainya . kalau mau beli seringgit pun bole kot . aku makan benda ni pertama kali di rumah kawan . kalau dak , aku dak kenal dengan sanggar nih .



ni pulak AMPLANG . keropok yang di buat dari ikan / udang . ni jugak antara yang terfemes di tawau . biasanya orang yang datang pi tawau dak sah kalau dak beli amplang ni . amplang ni jugak orang selalu buat ole-ole gitu . kalau orang mau ke semenanjung , mesti beli keropok amplang ni . harganya kalau dalam pek kecik cuma RM 5 . yang besar RM 10 . bole dapat di pasar tanjung @ pasar besar tawau berhampiran dengan pelabuhan tawau .




rasa menitik-ii air liur tengok air di atas ni . ni pulak ABC . yang di atas tu abc jagung , gambar bawah abc milo . ni bole dapat ni gerai ABC ( dekat pelabuhan ) , kong fah ( sebelah central market ) ataupun di atap biru @ gerai biru . eh , mana pun boleh . tapi 3 tempat yang aku sebut ni antara yang terfemes dan tersedap la .. harga , kalau ABC biasa ada yang RM 1.50 - RM 2.OO . kalau ABC jagung dengan ABC milo ni dalam RM 2-3 .


 setakat ni jak laa dulu aku update pasal makanan tawau yang mungkin sedikit pelik , tapi sedap dan murah kan ? banyak lagi aku mau tambah tapi masa jeles dengan aku . kalau datang tawau , mesti cuba makanan-ii ni ok . rugi kalau dak rasa . harga murah dan berpatutan . ok laa , byeeee :)

24 ulasan:

  1. tak lame lagi nak ke sabah nak cari lah makanan yang u update tu terutama sayap ayam memang nk tryy hihihi

    BalasPadam
  2. memang sedap...makanan laut pun murah2...

    BalasPadam
  3. @Nurayuni MohdArshad haa , cuba jgn x cuba . mknn sabah , tawau terutamanya mmg sedap2 belaka . sayap ayam mmg sedap , tp try mknn lain jgk . hehehe . welcome to sabah :)

    BalasPadam
  4. nasi yg first tu mcm nai aym penyet je..
    terliur suda tgk sume mknn.tambah2 abc milo tu..

    salam kenal dari saya ;)

    BalasPadam
  5. aku orang tawau tapi hampir 70% dari makanan diatas aku x pernah mkn. maklum la bberapa tahun yg lpas mmg xmmpu nk mkn diluar mcm ni apatah lg nk berpoya-poya hihihi. . . tmbah2 lg lpas SPM 3 bln dh kena kluar dr kmpung halaman jd x smpatla merasa bestnya mkanan kmpg sndiri, lgpun dulu biasa mkn nasi dirumah jak, bila tengok rasa tringin pulak. . hadoiii. . . .

    BalasPadam
  6. @Munir Arbain hehehe .. aku pun ada jugak yg belum pernah makan lagi ni .. jgn x berfoya-ii sgt la kan :P

    BalasPadam
  7. terima kasih atas information Cik Mieya.. :)hahahha...saya sangat berpUas Hati ,atas layanan yg di berikan.. (^_^) heheheh...x sia-sia..saya jadi kan awak sebagai pemandu Pelancong kali ini.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha , terima kasih , terima kasih :D

      Padam
    2. waaaa...bln 10 ni akan ke tawau ...mmg wajib cari menu2 di atas...menarik n sgt murah...tq ur info

      Padam
    3. ain .. waaa , nak ke tawau ?? hmm , memang wajib cari menu2 ni tau .. kalau x rugi !! hehehe .. wc :)

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. salam..nak tanya. sanggar cheese area taman fajar tuh yg dekat mana ek.. sy teringin nk makan, tp tak tau nk cari mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam .. hari tu saya beli dekat depan h king park hotel. ada restoran kan di seberang jalan hotel tu .. haa , kat situ la saya beli . ada macam gerai2 kecik dekat depan tu . tapi saya pun dah lama tak kesana .. tak pasti ada lagi ke tak ..

      Padam
  10. amira,akak copy image nasi kuning ye.nak masuk dlm blog..akak ada link blog amira jugak kat dalam entri akak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm . boleh .. sya tak kisah . kita kongsi2 apa yg boleh :) hihihi

      Padam
  11. nice blog .. hope dpt tulis lg bnyk lg tntang tawau ... hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha , thanks bro . kalau ada idea dpt la tulis lagi tntg tawau :)

      Padam
  12. sy suka ini blog mmg best....
    rimdu semua masakan ni...
    klu ada 1 kedai mknan semua jenis lajk diatas ada comgrm meletup jd jutawan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih , sudi baca blog ni :)
      sya pun rindu makanan-ii ni .. betul tu , sepatutnya kena buka 1 kedai yg boleh jual makanan-ii ni semua .. hihi :3

      Padam
  13. MGALIR BA LIUR KU TGK MENU KAU TUNJKKN TU. MSA D TAWAU DPT JGAK MKN SMUA TU TP DI JOHOR NI NDAKDA BA. NDAK BALIK LG THUN NI. ADOI.. LAPAR BA

    BalasPadam

hai semua. terima kasih kerana singgah sini. tinggalkan komen di sini,1 pun dah okey tau? salam sayang dari Mieya..